Sunday, May 18, 2014

Tutorial-DIY roses hand bouquet

Hand bouquet ni aku buat sempena hari pertunangan adik aku..bajet2 kretip la tu..hihi
Tapi ramai jugak yang puji cantik.


Cara buat senang je,
Mula-mula, lakar bentuk bulat pada kertas A4. Korang bajet boleh muat 4 bulatan sama besar


Gunting bentuk lingkaran macam ubat nyamuk

Lebihan tajam tu akan ditrim.

Trim lebihan kertas

Dah bulat semua


Gulung kertas bermula dari luar

Dah siap gulung. Pastikan kertas yang paling hujung letak di bawah sebagai tapak.

Gamkan guna hot glue untuk memudahkan kerja.

Tadaa!..dah siap

Boleh tambah aksesori seperti manik untuk lebih berseri bunga ros kertas anda.


Dah buat ros tu banyak-banyak, tampal je guna hot glue pada polistrin bulat. 

Masa ni aku buat pemegang pakai botol bekas ubat. Macam tak sesuai la pulak kan besar sangat, dah rupa pasu dah.


Ni yang dah siap..pemegang dia aku tukar guna botol ubat minyak yuyi cap limau..aku jolok2 je dalam gabus bulat tu pastu gam bagi kukuh..
Korang boleh lah hias ikut kreativiti korang bagi cantik..
Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment