Sunday, December 7, 2014

Panduan elak stretchmark seawal kehamilan

Selepas bersalinkan Muhammad Irsyad iaitu anak pertama saya, boleh dikatakan keadaan tubuh 100% sudah berubah. tubuh tidak secantik dan setegang seperti sebelum mengandung. Parut parut stretchmark sangat jelas ketara dengan ditambah lagi perut menggeleber. Ditambah pula Irsyad dilahirkan agak besar iaitu 3.6 kg. Memang rasa sangat tertekan siap menangis di depan cermin. Untuk anak kedua saya  hendak melakukan pencegahan dari awal.





Apa itu stretchmark?

Rekahan kulit atau dikenali juga sebagai stretch mark merupakan parut kecil yang terjadi dipermukaan kulit akibat dari kesan regangan kulit. Kesan rekahan ini selalunya mencacatkan penampilan dan juga kelicinan kulit kerana ia kadangkala boleh kelihatan dengan jelas. Faktor yang menyebabkan stretchmark antaranya ialah kehamilan dan juga akibat daripada kegemukan dan kenaikan berat badan yang menyebabkan kulit meregang.

Kesan rekahan kulit biasanya terjadi dibahagian perut (kebanyakkannya disebabkan oleh kehamilan), di buah dada, punggung, pinggul, paha dan ada juga yang mengalaminya dibahagian lengan. Walaupun ada yang berjaya menghilangkan kesan regangan kulit, dan ada juga yang berjaya mengurangkan kesan rekahan itu dari terlalu menonjol di permukaan kulit, cara terbaik dan termurah adalah melalui pencegahan dari awal. Juga, menghilangkan tanda regangan atau strectmark ini tidak semudah mencegahnya dari berlaku.



Caranya ialah :

1. Mulakan dari seawal kehamilan dengan cara menyapu losyen dibahagian perut, punggung dan paha. Tujuannya dalah untuk memberi kesan keanjalan dan kelembapan kepada kulit. Saya menggunakan Palmer's Cocoa Butter. Nak tahu berkesan ke tidak?. KONSISTENSI itu penting, jangan pula hari ni pakai, esok tak pakai. Losyen ni sepatutnya dipakai minimum 2 kali sehari. Ia membantu mencegah kulit dari menjadi kering dan merekah akibat dari regangan yang dialami sewaktu didalam tempoh kehamilan nanti.



2. Waktu terbaik untuk menyapu losyen ialah setiap kali selepas mandi agar kulit kelihatan lebih sihat, tegang dan juga untuk awet muda. Kalau kulit kita sentiasa lembap dan anjal, pasti lambat berkedut. Seelok-eloknya gunakan losyen yang mengandungi minyak kelapa atau aloe vera. Juga losyen yang dibuat dari bahan semulajadi dan tidak mengeringkan kulit.


3.Alternatif lain, boleh juga menggunakan sabun yang diperbuat dari bahan semulajadi seperti sabun minyak kelapa dara bagi memelihara kelembapan kulit. Sabun ni saya beli di Ekspo Perladangan yang diadakan di Terengganu tidak lama dahulu. Penggunaan sabun adalah lebih mudah dan tidak leceh berbanding memakai cream/losyen.




4.Jika terasa gatal diperut, paha, pinggul dan punggung terutama sewaktu didalam tempoh hamil, JANGAN sekali-kali menggarunya. Sebaliknya ambil losyen dan sapu ditempat yang terasa gatal. Ingatlah,  mecegah lebih mudah dari menghilangkannya kerana untuk menghilangkan stretchmark, peratus kejayaannya amat kecil sekali.


5.Elakkan pengambilan minuman berkafen dan beralkohol yang boleh menyebabkan kulit menjadi kering. Sebaliknya, gantikan dengan air mineral bagi membantu melembabkan kulit anda.


6.Banyakkan mengambil buah-buahan, minuman yogurt dan susu segar





Bagi mereka yang telah bersalin dan mempunyai stretchmark, cuba lakukan begini :

Minum air suam atau air panas mengikut kuantiti yang disyorkan iaitu 2 liter sehari. Ada sesetengah pantang larang orang tua tidak membenarkan meminum air yang banyak ketika berpantang.Namun begitu, perlu saya ingatkan, kesannya agak tidak bagus kerana bukan sahaja boleh mengurangkan pengeluaran susu badan tapi juga menyebabkan kulit anda menjadi kering akibat kekurangan air selain dari masalah sembelit. Saya syorkan mencuba meminum air halia bara sewaktu didalam pantang. Ia bukan sahaja menghilangkan dahaga, tapi juga memanaskan badan dan membantu membanyakkan susu .


Mengambil supplemen untuk kulit seperti vitamin A, C dan E. Walau apa sekali pun, cara terbaik adalah melalui pencegahan. Nasihat saya pada bakal ibu, cuba luangkan sedikit masa anda untuk menyapu losyen diperut dan bahagian lain badan yang mudah mengalami regangan untuk mengelakkan stretchmark dari berlaku.


Jika anda inginkan alternatif daripada Shaklee, ada beberapa saranan jika anda bercadang untuk mengatasi masalah ini:

>>Mengambil Protein ESP dan Vitamin C setiap hari
>>Menyapu bahagian stretchmark dengan Vitamin E
>>Mengamalkan Collagen Powder Shaklee untuk mempercepatkan pembaharuan dan keanjalan kulit dari dalaman..



Untuk pertanyaan lanjut mengenai produk Shaklee, boleh hubungi saya, Farhana 0139453288.
COD di sekitar Kuala Terengganu, Marang dan Gong Badak.

No comments:

Post a Comment