Sunday, March 23, 2014

Petua ibu mengandung untuk mendapatkan anak cantik

Inginkan anak berambut kerinting?
Jika ibu bapa memang berambut kerinting, kemungkinan anak akan mengikutnya. Tetapi jika ibu bapa berambut lurus, cara untuk mendapatkan rambut kerinting adalah makan 5 hingga 10 biji kerang rebus setiap hari sejak awal mengandung hingga hampir bersalin.



Inginkan anak berkulit cerah dan halus?
 
Caranya banyak makan sayuran hijau terutama sayur bayam dan lebihkan memakan telur ayam kampung. Amalkan sejak mengandung hingga anak lahir. InsyaAllah anak anda akan berkulit cerah.




Petua Ibu Mengandung untuk Mendapat Anak Sihat



Seseorang ibu hendaklah menerima ketentuan Allah terhadap keadaan diri dan kandungannya dengan perasaan redha, sabar dan anggaplah kurniaan Allah itu sebagai rahmat dan kasih sayang-Nya walaupun masih belum bersedia untuk menimang cahaya mata.


Suami pula hendaklah sentiasa menjaga perasaan isteri terutama trimester pertama kehamilan. Ibu yang mengandung memerlukan perhatian yang lebih kerana ini akan memberi kesan kepada keadaan anak yang dikandung.


Hendaklah sentiasa mengawal perasaan, tidak terlalu memikirkan masalah, jangan terlalu bimbang atau takut dan lain-lain perasaan yang tidak elok. Serahkan semuanya kepada Allah.



Jangan memakan makanan yang berbisa seperti ikan sembilang, ikan pari, nenas, tapai dan lain-lain.


Makan makanan berkhasiat dan cukup vitamin



Hendaklah menyedut udara bersih setiap pagi kerana disamping menyihatkan diri, ini juga akan menyihatkan anak dalam kandungan.


Tidur dan berehat dengan cukup setiap hari mengikut masa yang sesuai. Elakkan tidur pada masa-masa yang tidak baik seperti selepas Subuh, selepas Asar atau hampir waktu senja. Jangan terlalu banyak tidur di waktu siang. Semuanya mewarisi anak yang malas dan lembab.


Sentiasa berjalan-jalan di ruang lapang sekurang-kurangnya setengah jam atau satu jam setiap hari terutama di akhir kehamilan. Hal ini akan membantu memudahkan melahirkan anak.


Banyak minum air kosong sekurang-kurangnya 6 atau 7 gelas sehari. 

Untuk sebarang konsultasi/pertanyaan berhubung produk Shaklee boleh hubungi saya 013.945.3288

Amalan-amalan semasa mengandung



Bagi ibu-ibu mengandung mesti inginkan anak yang baik,sihat dan cerdas.Antara amalan yang boleh dilakukan adalah:




>>Dari segi Rohani dan Jiwa

  • Kena banyakkan bertaubat dan beristighfar
Sayyidul istighfar untuk keampunan dosa

  • Perbanyakkan puasa sunat oleh suami terutama puasa Isnin dan Khamis
  • Suami tidak bercakap perkara yang sia-sia seperti mengumpat,memfitnah dan sebagainya.
  • Banyakkan membaca Al-Quran. Surah-surah yang digalakkan semasa menganung

Surah Al-Fatihah-Untuk terang hati
Surah Maryam- Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat
Surah Luqman-Untuk memperolehi anak cerdik akal dan cerdik jiwa.
Surah Hujurat-Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifar haati-hati.
Surah Yaasin-Untuk ketenangan hati dan anak tidak mudah terpengaruh dengan godaan syaitan.
Surah At Taubah- Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat
Surah An Nahl- Untuk melahir anak yang berdisiplin.

  • Banyakkkan berdoa. Sentiasa berdoa kepada Allah agar dikurniakan anak yang soleh atau solehah. Setiap kali selepas sembahyang bacalah doa khusus untuk ibu yang sedang mengandung.



Doa agar mendapat anak soleh/solehah

Maksudnya: "Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku seorang anak yang soleh. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar permohonanku"



Doa ketika menanti saat hampir bersalin



Doa setelah selamat bersalin


>> Dari segi adab
  • Menjaga pancaindera daripada dosa dan maksiat
  • Menjaga batas-batas aurat dan pergaulan
  • suami dan isteri saling menjaga adab

>> Dari segi makan dan minum
  • Jauhi makanan yang haram
  • Menjaga daripada makan minum yang syubhah
  • Jangan makan berlebihan dan sembarangan
  • Makan minum cukup zat dan vitamin. Saya syorkan amalkan set kehamilan Shaklee sepanjang mengandung.




Untuk sebarang konsultasi/pertanyaan berhubung produk Shaklee boleh hubungi saya 013.945.3288




Saturday, March 22, 2014

Resepi ayam percik Terengganu simple dan sedap

Weekend ari tu aku terasa nak buat ayam percik.
Kebetulan pula pak cik aku datang masa aku tengah masak.
Sepupu aku siap tambah nasi cakap sedap.

Resepi nak buat ayam percik ni simple je.

Bawang merah 4 biji
Bawang putih 3 ulas
Serai 1 batang
Halba 2 sudu teh
Cili boh
Cili padi 5 biji

* semua bahan di atas diblender

Untuk kuah percik
Hasil blender tadi
Serai 1 batang
Asam keping 2 keping
Gula melaka/gula
Santan (aku guna sebiji kelapa)

Cara nak buat

Mula-mula gaul ayam bersama serbuk kunyit, garam dan ajinomoto.

Kemudian, aku kukus dalam pengukus. Tujuannya nak bagi cepat masak. Sesetengah orang bakar terus.
Kukus dalam 20 minit. Bila dah agak-agak masak, aku angkat masuk oven. Korang boleh juga panggang dalam kuali ajaib, takpun panggang atas api. Masa belum ada oven aku goreng je..kiki..ikut kreativiti korang.

Masa nak buat kuah pulak.Panaskan minyak masak, masukkan hasilan blender tadi...kiki..hazabedah betul bahasa melayuku.
Bila dah naik bau, masukkan serai, asam keping dan santan. 
Lepastu masukkan gula melaka.
Tak suka manis tak payah letak gula melaka.

Masukkan ayam yang dah dipanggang.
Kalau kuah korang macam tak menarik warna dia, bolehlah ditambah serbuk kunyit lagi.
Bila kuah dah pekat, tutup api.
Aku suka kuah banyak sebab boleh makan dengan nasi.

Gambar aku dah lupa nak ambil ...hihi..
Ni ehsan dari pakcik gugel


Lauk ayam percik ni kalau aku makan confirm Mrs.B aku bengkak susu. Aku kan masih menyusu si Irsyad. Selain aku kenyang, si kenit tu pun kenyang. Aku syak sebab halba, halba memang boleh tambah susu.

Selamat mencuba!



Cerita Bersalin Muhammad Irsyad Zaffran

Assalamualaikum...
Seperti yang dijanjikan, aku nak cerita pengalamanku bersalin anak sulungku, si budak Irsyad..(⌒_⌒)

Sepatutnya edd aku ialah pada 26/07/13 (Nuzul quran) tapi hari tu berlalu begitu saja tanpa sakit apa-apa. Dah 4 hari lewat masih tak ada tanda-tanda nak bersalin.
Cuma ada sedikit air yang keluar.
Aku syak air ketuban.

30/07/13
Masa bangun sahur ada sedikit blood spot pada pantyliner.
Tapi aku abaikan je sebab masih tak sakit.
Kitorang decide nak pergi hospital pagi esoknya.
Dah keluar darah tu bimbang pulak tak pergi hospital.
Padahal kalau tunggu je sampai sakit kat rumah pun takpe. 
Silap pergi hospital awal-awal sangat.
Pukul 9 pagi lagi aku dah sampai di HSNZ.
Kena daftar, amek tekanan darah, timbang berat, kena soal siasat dan check bukaan.
Doktor check bukaan baru 1cm.
Huhu...sakit tau masa seluk tu.

Pukul 11 pagi dah siap semua prosedur daftar. Aku masuk wad di tingkat 1 memandangkan wad untuk kakitangan kerajaan full.
Pukul 2 petang, aku kena check ctg.
20 minit kena baring.
Yang first time buat graf tak cantik.
Kena buat lagi sekali, nurse suruh gerak-gerak kaki sikit sebab kalau ibu tak bergerak, baby pun tak gerak.
Awal-awal tak pesan..huhu
Sakit tau baring macam tu je, dengan sakit contraction lagi.
Masa ni dah rasa contaction sikit-sikit.
Rasa sakit contraction ni macam sakit time nak datang period.
Korang akan rasa rahim tu macam berdenyut-denyut je.

Di HSNZ kedudukan ibu baring atas katil, tak macam ni ye puan-puan.
Fungsi CTG adalah untuk memantau baby dalam perut dengan merakam denyutan jantung baby dan contraction rahim ibu.
Lepas maghrib aku dapat tukar wad bunga tanjung di tingkat 2
Takde la sesak sangat macam kat tingkat 1 tadi.
Doktor dah bagitahu kalau masih tiada tanda nak bersalin, esok pagi-pagi kena induce.


Malam tu kejap-kejap terjaga sebab contaction dah selang 6-15 minit terasa.
Berdebar nak tunggu pagi, ingatkan dah nak bersalin
Check pagi esok nya baru 2 cm
Alahai sedihnya.
Then, pukul 7 pagi kena induce sebab air ketuban dah keluar lebih dari 24 jam.
Bimbang baby dijangkiti kuman kalau dibiar lama.
Doktor masukkan ubat dalam lubang vagina.
Diorang akan monitor balik dalam pukul 2 petang.
Kalau still tiada progress kena masuk ubat lain pulak.
Maksimum 4 biji untuk proses induce ni.

Aku ni pun main sanggup je
Sakit woo kena induce.
Start la drama air mata lepas tu
Suami pulak tak boleh masuk
Tahan la sakit sorang-sorang sampai waktu melawat.

Masa waktu melawat pukul 12, aku macam tak tahan sakit dah.
Cakap kat nurse nak check bukaan.
Seriuosly, nurse check lembut je, kalau doktor check main tonyoh je.
Bukaan baru 4cm
Nurse cakap dah boleh prepare ke labour room.
5 cm dah boleh pergi labour room

Pukul 1.30 petang aku dah ditolak masuk labor room
Nasib baik suami ku boleh masuk sekali.

Doktor di labor room cakap bukaan baru 3 cm.
Dah alang-alang masuk labor room kena la tunggu sampai bersalin.
then, sorang doktor lelaki pecahkan ketuban aku .
Aku jadi fobia dengan doktor lelaki disebabkan kekasaran doktor ni..
Aku rasa baru pangkat H.O
Boleh pulak DR ni terpecahkan ketubanku dengan tangan dia.
Sakit kot time ni masa die masukkan alat nak pecahkan ketuban tu.
Supposely tak sakit, maybe sebab bukaan jalan aku baru 3 cm, tu yang jadi sakit.
Alat untuk pecahkan air ketuban bagi nak cepatkan proses kelahiran..panjang lebih kurang 30cm

Nurse ada cucuk ubat tahan sakit di pinggang.
Pethidine kot nama dia.
Terus rasa mengantuk dan tertidur.
Pukul 3.30 petang, ubat Oxytocin (Pitocin) dipasang melalui drip bagi cepatkan contraction.
Aku terjaga dari tidur bila contraction datang.
Hilang sakit tertido lagi.. hehe
kuat betul penangan ubat ni.

Pukul 4 aku dah start rasa cam nak buang air besar
Bukaan baru 7cm
Kebetulan ada seorang doktor pakar tengah bawak doktor-doktor baru round wad
Dia tanya kat aku konfident tak nak push.
Dia cakap ikut aku je.
Dia pun seluk-seluk bagi besarkan lagi cervix
Aku memang tak boleh nak tahan dah dan sedia nak teran.
Then, semua doktor dah berkumpul
Dalam 8 orang semua
6 perempuan, 2 lelaki.
Memang macam bahan eksperimen dah
Alhamdulillah, Allah uji aku masa sakit.
Allah permudahkan anak aku keluar.
Dalam 3 kali push, baby pun keluar.
Prosedur biasa di HSNZ, anak sulung wajib kena toreh.
Makcik yang mengurut aku masa pantang cakap menantu dia bersalin di Hospital Dungun tak kena toreh pun.

Irsyad keluar pukul 4.17 petang tanggal 31/07/13 dengan beratnya 3.6kg.

Panik aku masa keluar tu kulit baby warna biru.
Aku jadi panik, ingatkan terkenan Negro mana.
Rupanya memang macam tu warna baby baru keluar dari perut.
Yela kan sekian lama duk dalam cecair, mau tak biru.
Doktor suruh skin to skin dengan baby.
Takut nak pegang masa tu sebab baby kan lembik lagi.
Kekok lagi nak pegang.
Tak sempat nak susukan pun sebab diorang nak cepat-cepat bawak naik baby tingkat 6.
Aku kan dah keluar ketuban dan darah lebih 24 jam.

Aku kena jahit dalam 2 jam.
Masa ni drama air mata start lagi.
Kaki aku dah kebas sampai kan dah tak rasa aku letak kaki atas apa.
Punya la lama doktor tu jahit.
Sampai meraung-raung aku kat labor room tu.
Memang dah tak tahan lenguh kaki.
Sakit kena jahit awal-awal tak rasa lagi sebab kesan bius.
Yang last-last tu terasa benang tu bergerak dalam kulit.
6.40 petang baru selesai semuanya.
Kebetulan aku bersalin bulan puasa
Masa maghrib nurse dan doktor berbuka puasa.
Kesian tengok diorang macam tak menang tangan je layan pesakit
Nak makan pun tak sempat.
Ibu-ibu yang bersalin petang tu diorang kumpul setempat kat luar labor room.
Sempat juga dorang bagi minum air milo untuk bagi tenaga dekat ibu-ibu.
Pukul 9.30 baru la aku boleh dipindahkan masuk wad semula.
Masa ni baru la rasa lega dah selamat semua.


Baby aku masih lagi di tingkat 6.
Elok juga macam tu sebab aku rasa tak mampu lagi nak pegang anak.
Nak bergerak pun aku takut.
Seriau lagi lepas bersalin dan jahit.
Sebenarnya jahitan tu yang menyukarkan pergerakan aku.
Masa pantang pun hari ke 20 masih lagi rasa ngilu dekat kawasan tu.

Keesokannya, 1/08/2013, hari sepatutnya boleh keluar wad kalau tiada masalah.
Prosedur sebelum keluar wad kena check lagi sekali jahitan.
Aku kena jahit lagi sekali sebab menurut nurse jahitan aku tak rapat.
Kali ni masa jahit aku main phone.
At least kesakitan tu dialihkan ke lain.
Lepas tu, baru boleh discharge.
Baby pun tiada masalah, boleh discharge sekali dengan mama dia juga.

Hooray, ok berjela dah cerita...k.bye

2 weeks, kulit merah lagi..rambut belum dicukur.
1 month

2 months-dah pandai senyum
3months
4 months









Friday, March 21, 2014

Ostematrix Shaklee

Ostematrix merupakan kalsium yang paling seimabang dengan kadar penyerapan adalah 99%.
Diperbuat daripada mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati.
Mengandungi kalsium,magnesium, fosforus dan vitamin D, zink, kuprum, manganes dan boron.
Nutrien ini perlu diambil bersama untuk penyerapan oleh tubuh dan endapan sesetengah mineral.

kajian menunjukkan ketumpatan tulang adalah maksima dari umur 28 tahun dan menurun dengan cepat selepas umur 40 tahun


Kebaikan Ostematrix Shaklee
Menguatkan tulang
Kalsium menghalang osteophorosis, menguatkan kuku, gigi, sistem saraf, merawat tulang retak,ricket, kuku rapuh, ekzema, gusi berdarah dan memekatkan darah
    Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas
    Pengambilan 600mg kalsium sehari sebelum tidur akan memperbaiki kekejangan (cramp) terutama semasa mengandung, sakit sendi dan athritis
      Mengurangkan stress
      Mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, memperbaiki depresi, sakit kepala dan pitam
        Memperbaiki masalah haid
        Pengambilan 1000mg  kalsium dan magnesium boleh mengurangkan sindrom PMS dan membantu membuang air kecil
          Pengalkalian tubuh
          Memastikan imbangan pH tubuh, merangsang detoksifikasi, membantu sel menyerap nutrien dan menghalang obesiti di umur tua.
            Memperbaiki hypersensitiviti perut dan sakit gastrik
            Memastikan imbangan pH tubuh

            Bagaimana memastikan vitamin kalsium yang terbaik?
            >>Pilih produk yang mengandungi vitamin D dan magnesium.
            >>Elakkan produk yang dibuat dari tulang dan dolomite dikhuatiri keracunan plumbum
            >>Elakkan mineral chelated kerana proses tersebut menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam proses menyerap mineral






            Untuk sebarang pertanyaan/keterangan lanjut hubungi saya 0139453288


            *produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuh atau mencegah sebarang penyakit
            Sila like facebook saya.
            </

            Tuesday, March 18, 2014

            Set kanak-kanak Shaklee



            Sebagai ibu, risau sentiasa bertandang jika si manja anda:

            - sembelit

            - ekzema

            - kurang selera makan

            - sering demam/selsema 

            - anak kurang perhatian dalam kelas

            Jangan risau ibu! Apa kata ibu cuba vitamin atau pemakanan untuk si manja ibu.
            Mealshakes dan omega guard boleh membantu!

            Mealshakes- perasa vanilla yang sgt sedap dan membantu mengurangkan masalah sembelit, memberikan tenaga kepada si manja, meningkatkan selera makan dan meningkatkan sistem imun.

            Omega Guard- meransang perkembangan otak kerana omega guard shaklee adalah sumber minyak ikan terbaik dunia. mengandungi DHA yang sgt diperlukan kanak2 .Mengatasi masalah ekzema.








            .


            Ekzema

            Ekzema ialah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan radang, gatal, kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik. 
            Penyakit ini ada kaitan dengan tindakbalas hipersensitif pada bahagian kulit.


            Ekzema pada kanak-kanak boleh dilihat pada bahagian lutut, pelipat siku, atas punggung, buku lali, belakang telinga, muka dan kulit kepala, manakala pada orang dewasa, ia lebih ketara di belakang lutut dan pelipat siku.



            Sebab-sebab ekzema?
            >>Bahan kimia seperti bahan pencuci dalam mandian buih, syampu, serbuk cuci dan pelembut fabrik. 
            >>Alah kepada bahan spesifik seperti nikel dalam barang kemas. 
            >>Alergik kepada susu lembu(doktor mungkin mengesyorkan untuk mencuba dahulu formula protin hidrolisis. Formula berasaskan susu soya dan susu kambing tidak disyorkan)


            Apakah rawatan untuk ekzema?
            >>losyen emolien, krim atau salap
            >>Pil antihistamin 
            >>Balutan kering dan balutan basah- di mana pembalut direndam dalam emoilien atau krim steroid dan dibalut selapis lagi dengan pembalut kering. 
            >>Rawatan homeopati
            >>Herba cina 


            Menyusu badan untuk tempoh sekurang-kurangnya empat bulan boleh membantu melindungi daripada ekzema dan alergi lain. Kementerian Kesihatan mengesyorkan penyusuan badan secara ekslusif selama enam bulan. 



            Cara Shaklee merawat ekzema

            Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate
            Ini adalah produk pembersihan 'hijau' dari Shaklee iaitu Basic H2. Produk tanpa bahan toksik ini amat popular dengan fungsi multi-guna dan mesra alam. 

            Basic H2 untuk pesakit Eczema berair: Tambahkan 2-3 titis Basic H2 ke dalam baldi mandian. Ia boleh mengeringkan eczema tersebut.
            Harga pasaran: Rm 46.00

            Bila ekzema dah kering, sapukan Herba blend multipurpose cream:
            Boleh disapu dapat tempat yang terdapat jangkitan eczema. Herbal Blend Shaklee sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah eczema kering dan kulit kasar.
            *tidak sesuai bagi eczema berair

            Harga pasaran: Rm 27.50


            Testimoni pengguna menggunakan herbal blend multipurpose cream+ basic H dariShaklee.
            Adik ni mengalami ekzema yang sangat teruk.
            Dah merata pergi klinik dan sapu ubat
            Tak juga berkesan



            Alhamdulillah, selepas sebulan penggunaan, ruam dan gatal di kulitnya telah hilang!
            Syukur!


            Untuk sebarang pertanyaan/keterangan lanjut hubungi saya 0139453288


            *produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuh atau mencegah sebarang penyakit
            Sila like facebook saya.
            </

            Monday, March 17, 2014

            Pengalaman mengandung anak sulung

            Aku nak kongsi pengalaman semasa mengandungkan si Irsyad
            Irsyad sekarang dah 7 bulan 17 hari.
            Rugi dulu aku tak catat semasa pregnantkan Irsyad.
            Sementara masih ingat kenangan tu, jom tulis cepat-cepat.

            Aku dapat tau aku pregnant lepas buat UPT test.
            Abahnya yg senyap-senyap belikan
            Masa tu dalam bulan 11/2012.
            Bukan main seronok lagi, biasala anak pertama kan, harusla excited lebih.

            Herbal Blend Multi Purpose Cream



            Herbal Blend Multi Purpose Cream dah kembali !!
            Sesuai digunakan untuk seisi keluarga..

            >>Boleh menghilangkan ruam pada bayi
            >>menyelesaikan masalah kulit gatal/eczema
            >>tumit pecah
            >>parut chicken pox dan campak
            >>sebagai losyen kegunaan harian,gigitan nyamuk dll.

            Cream ni mudah dingin pada kulit,mudah meresap,tidak berminyak,mengandungi ekstrak herba semulajadi,mudah dibawa,halal dan tanpa steroid!


            Sebarang pertanyaan/Konsultasi dan tempahan hubungi saya 013-9453288

            Testimoni pengguna menggunakan herbal blend multipurpose cream+ basic H dariShaklee.
            Adik ni mengalami ekzema yang sangat teruk.
            Dah merata pergi klinik dan sapu ubat
            Tak juga berkesan



            Alhamdulillah, selepas sebulan penggunaan, ruam dan gatal di kulitnya telah hilang!
            Syukur!



            Sunday, March 16, 2014

            Petua nak mengandung

            Assalamualaikum...

            Aku pernah terniat nak share pengalaman aku cara aku buat untuk cepat mengandung. Lepas kahwin, dalam 2 bulan jugak la aku "kosong"..tu pun ada gak mulut-mulut yang tanya dah ada isi ke belum..naik muak aku.. baru 2 bulan kot...hihi.. aku pun ada juga la google- google petua nak bagi mengandung.

            Antara perkara-perkara yang aku buat ialah:

            1) Masa lepas period hari terakhir tu, kira lepas dah mandi wajib, aku consume Mexorea dari Catalyt...tujuan produk ni adalah untuk bersihkan rahim dan bagus diamalkan masa senggugut. 


            2) Iberet Folic- Aku g Watson diorang cakap Iberet Folic ni elok untuk sesiapa yang merancang nak mengandung.. 3 bulan sebelum kahwin pun dah boleh ambil.

            3) Kira waktu subur...banyak website ada tolong kirakan untuk kita...jangan malas catatkan tarikh period setiap bulan.

            boleh refer link ni cara kira waktu subur

            4) "Bersama dengan suami"sepanjang waktu subur tersebut..Kalau boleh buat la hari-hari :)

            5) Bagi yang muslim jangan lupa baca doa ketika bersama


            6) Bila selepas bersama, jangan terus bangun dan cuci. Tunggu dalam 10 minit, tinggikan kedudukan kaki dan punggung...Contohnya macam ampukan kedua dua kaki kat dinding dan angkat punggung sikit. Ni untuk memudahkan perjalanan sperma.


            Ini merupakan cara aku nak mengandung..kita hanya berikhtiar, Allah yang menentukan rezeki kita cepat atau lambat..Apa pun usaha itu penting..Selamat mencuba!