Wednesday, March 25, 2015

Bawal Aidijuma untuk dijual

hye uollss...

Saya ada beberapa helai tudung Bawal Aidijuma untuk diletgo..
Yang baru, bukan prelove :)



Black Label


BL Blue Love (nama tak sure betul ke tak)
RM 38 exc Postage


BL Grey Love (nama tak sure betul ke tak)
RM 38 exc Postage


BL Modern Yellow
RM38 exc Postage


BL Green Sunflower
RM38 exc postage



BL Pink Peach Tone
RM38 exc postage


 BL English Vintage
RM38 exc postage



Green Label

GL Red Star
RM20 exc postage


Close up Datin Juma pakai GL Red Star..
Cantik kan?




White Label

WL Purple Wave
RM14 exc postage


WL Comouflage Blue & Comouflage Black
RM14 exc postage each


If you are interested to place an order, just Whatsapp me at 0139453288 for a fast response.

Monday, December 8, 2014

Ketahui punca anak mengamuk (tantrum)

Pernah berhadapan dengan anak mengamuk? Irsyad pun pernah sekali dua menghentak tubuhnya ke lantai. Yang pertama kali dia berbuat begitu semasa abahnya merampas gula-gula ditangannya, yang kedua ketika dia sedang seronok bermain pasir saya tarik dia untuk basuh tangan dan terus bawanya masuk ke dalam rumah. Biasanya saya biarkan dia seketika, kemudian barulah saya memeluk dia dan alihkan perhatiannya dengan benda lain.

Anak kecil bukan sengaja suka mengamuk dan buruk perangai. Kita sebagai bu bapa jangan sekali bersangka anak kita memang buruk perangai dan dijadikan untuk menimbulkan masalah dan kesusahan kepada kita. Jangan langsung berfikir begitu, ya. Tak baik begitu.



Jika anak tu mengamuk...diantara lain mungkin sebab...

1- Dia letih sangat atau sakit sampai badan dia dah tak boleh nak tanggung. Jadi urutlah dan biarkan dia merengek sebagai ekspresi mengeluarkan sakit tu. Sekejap sahaja dia akan merengek, jika anda izinkan dia merengek.




2- Rungsing dengar hingar-bingar, sampai kepala dia rasa nak pecah. Maka bawalah ke tempat yang tenang. Basuh kepala dan mukanya serta bacakan ayat Al-quran, apa yang anda tahu.


3-Dia tidak puas hati sebab barang yang dia ambil sebab baru sahaja nak explore dirampas takut merbahaya. Ramai ibu bapa bila anak memegang atau nak memegang benda yang merbahaya terus merampas kasar dan tidak menggantikan dengan benda yang selamat.
Boleh ambik, cuma jangan rampas secara kasar dan gantilah dengan barang yang lebih menarik.


4- Terlalu selalu dilarang itu dan ini. Anak jadi keliru apalah yang boleh dia buat.


5- Terlalu kerap dimarahi. sikit-sikit marah dan suruh diam.


6- Terlalu ketat mendisiplin sampai tiada ruang untuk anak bernafas. Anak merasakan dia dibenci.


7-Mesti ikut arahan ibu bapa sampai tiada ruang untuk mereka bertanya dan menyampaikan idea. Bertanya soalan pun tak boleh.


8- Pernah tengok orang lain mengamuk dan ingatkan itulah cara yang baik. Oleh itu, beritahu dia tidak perlu ikut orang mengamuk sebab dia disayangi dan dia boleh memberitahu dengan baik apa yang dia hendak.




9- Sebab mak bapak selalu sangat mengamuk...dan berkelahi antara satu sama lain. Terutama berkelahi mengenai siapa perlu buat apa utk anak. Anak menjadi punca berkelahi. Contoh,' asyik-asyik saya yang kena salin lampin, awak tengok TV jer'...marah-marah depan anak...macamanalah agaknya perasaan anak tu. Macam perasaan kita bila dah tua nantilah, bila anak-anak berkelahi sapa yang nak bawa kita ke klinik utk rawatan.


10-Dan satu perkara yang kita kadang-kadang terlepas pandang iaitu, anak mengamuk ini juga adalah jarum syaitan supaya ibu bapa jadi stress dan lupa diri lalu memarahi anak keterlaluan, lantas melukai anak dan mencederakan anak.


Bila sudah keterlaluan dan berterusan dan meningkat dosagenya, ini menimbulkan kesan trauma yang boleh menyebabkan timbul penyakit hati yang bertambah besar setiap tahun anak itu membesar, ibarat bebola salji yang turun bukit. Dan diantara kesan besarnya menjadikan sesaorang itu boleh mempunyai 'criminal mindset'.

Criminal mindset itulah yang membolehkan sesaorang itu melakukan perbuatan yang lebih hina daripada binatang seperti merogol dan menoreh kemaluan anak-anak kecil yang tidak berdosa.

Namun, jika anda sesekali terlepas kawalan diri tu, maafkanlah diri. Kita manusia, kita kadang-kadang boleh buat silap. Cuma jangan jadikan ia tabiat. Maafkan diri dan berusaha untuk menjadi lebih baik.

Cara menjauhi stress begini, enjoy your time parenting your children. Take it from me, sekejap jer kita dengan anak-anak kita kecil begini. Sekelip mata jer. Mereka begitu cepat membesar.

Belajar, memperbaiki diri, turunkan ego dan selalu bisikkan kepada diri, SAYA LAYAK MENJADI IBU BAPA CEMERLANG KERANA ANAK-ANAK SAYA LAYAK BAHAGIA DENGAN CARA SAYA MENDIDIK.




*sharing dari rakan FB, tidak dapat dikenalpasti dimana sumber

Sunday, December 7, 2014

Panduan elak stretchmark seawal kehamilan

Selepas bersalinkan Muhammad Irsyad iaitu anak pertama saya, boleh dikatakan keadaan tubuh 100% sudah berubah. tubuh tidak secantik dan setegang seperti sebelum mengandung. Parut parut stretchmark sangat jelas ketara dengan ditambah lagi perut menggeleber. Ditambah pula Irsyad dilahirkan agak besar iaitu 3.6 kg. Memang rasa sangat tertekan siap menangis di depan cermin. Untuk anak kedua saya  hendak melakukan pencegahan dari awal.





Apa itu stretchmark?

Rekahan kulit atau dikenali juga sebagai stretch mark merupakan parut kecil yang terjadi dipermukaan kulit akibat dari kesan regangan kulit. Kesan rekahan ini selalunya mencacatkan penampilan dan juga kelicinan kulit kerana ia kadangkala boleh kelihatan dengan jelas. Faktor yang menyebabkan stretchmark antaranya ialah kehamilan dan juga akibat daripada kegemukan dan kenaikan berat badan yang menyebabkan kulit meregang.

Kesan rekahan kulit biasanya terjadi dibahagian perut (kebanyakkannya disebabkan oleh kehamilan), di buah dada, punggung, pinggul, paha dan ada juga yang mengalaminya dibahagian lengan. Walaupun ada yang berjaya menghilangkan kesan regangan kulit, dan ada juga yang berjaya mengurangkan kesan rekahan itu dari terlalu menonjol di permukaan kulit, cara terbaik dan termurah adalah melalui pencegahan dari awal. Juga, menghilangkan tanda regangan atau strectmark ini tidak semudah mencegahnya dari berlaku.



Caranya ialah :

1. Mulakan dari seawal kehamilan dengan cara menyapu losyen dibahagian perut, punggung dan paha. Tujuannya dalah untuk memberi kesan keanjalan dan kelembapan kepada kulit. Saya menggunakan Palmer's Cocoa Butter. Nak tahu berkesan ke tidak?. KONSISTENSI itu penting, jangan pula hari ni pakai, esok tak pakai. Losyen ni sepatutnya dipakai minimum 2 kali sehari. Ia membantu mencegah kulit dari menjadi kering dan merekah akibat dari regangan yang dialami sewaktu didalam tempoh kehamilan nanti.



2. Waktu terbaik untuk menyapu losyen ialah setiap kali selepas mandi agar kulit kelihatan lebih sihat, tegang dan juga untuk awet muda. Kalau kulit kita sentiasa lembap dan anjal, pasti lambat berkedut. Seelok-eloknya gunakan losyen yang mengandungi minyak kelapa atau aloe vera. Juga losyen yang dibuat dari bahan semulajadi dan tidak mengeringkan kulit.


3.Alternatif lain, boleh juga menggunakan sabun yang diperbuat dari bahan semulajadi seperti sabun minyak kelapa dara bagi memelihara kelembapan kulit. Sabun ni saya beli di Ekspo Perladangan yang diadakan di Terengganu tidak lama dahulu. Penggunaan sabun adalah lebih mudah dan tidak leceh berbanding memakai cream/losyen.




4.Jika terasa gatal diperut, paha, pinggul dan punggung terutama sewaktu didalam tempoh hamil, JANGAN sekali-kali menggarunya. Sebaliknya ambil losyen dan sapu ditempat yang terasa gatal. Ingatlah,  mecegah lebih mudah dari menghilangkannya kerana untuk menghilangkan stretchmark, peratus kejayaannya amat kecil sekali.


5.Elakkan pengambilan minuman berkafen dan beralkohol yang boleh menyebabkan kulit menjadi kering. Sebaliknya, gantikan dengan air mineral bagi membantu melembabkan kulit anda.


6.Banyakkan mengambil buah-buahan, minuman yogurt dan susu segar





Bagi mereka yang telah bersalin dan mempunyai stretchmark, cuba lakukan begini :

Minum air suam atau air panas mengikut kuantiti yang disyorkan iaitu 2 liter sehari. Ada sesetengah pantang larang orang tua tidak membenarkan meminum air yang banyak ketika berpantang.Namun begitu, perlu saya ingatkan, kesannya agak tidak bagus kerana bukan sahaja boleh mengurangkan pengeluaran susu badan tapi juga menyebabkan kulit anda menjadi kering akibat kekurangan air selain dari masalah sembelit. Saya syorkan mencuba meminum air halia bara sewaktu didalam pantang. Ia bukan sahaja menghilangkan dahaga, tapi juga memanaskan badan dan membantu membanyakkan susu .


Mengambil supplemen untuk kulit seperti vitamin A, C dan E. Walau apa sekali pun, cara terbaik adalah melalui pencegahan. Nasihat saya pada bakal ibu, cuba luangkan sedikit masa anda untuk menyapu losyen diperut dan bahagian lain badan yang mudah mengalami regangan untuk mengelakkan stretchmark dari berlaku.


Jika anda inginkan alternatif daripada Shaklee, ada beberapa saranan jika anda bercadang untuk mengatasi masalah ini:

>>Mengambil Protein ESP dan Vitamin C setiap hari
>>Menyapu bahagian stretchmark dengan Vitamin E
>>Mengamalkan Collagen Powder Shaklee untuk mempercepatkan pembaharuan dan keanjalan kulit dari dalaman..



Untuk pertanyaan lanjut mengenai produk Shaklee, boleh hubungi saya, Farhana 0139453288.
COD di sekitar Kuala Terengganu, Marang dan Gong Badak.

Monday, November 10, 2014

Perbandingan Set Berpantang-Adakah Shaklee pillihan yang Tepat?

Hari ni saya nak bercerita mengenai set selepas bersalin atau nama lainnya set berpantang. kalau diikutkan mencari set berpantang memang memeningkan kepala. Jenuh nak survey sana sini. Masa saya berpantang anak pertama (Ogos 2013) saya menggunakan Set Berpantang Shaklee. Kebetulan masa tu ada SID yang jual Trial Set, dengan hanya RM100 dah cukup untuk berpantang selama 40 hari. Sekarang Shaklee dah tak benarkan buat trial pack.

Bagi sesiapa yang kurang rajin nak survey banyak web, saya dah buat satu rumusan mengenai Set berpantang tradisional dan moden yang terdapat di pasaran Malaysia. Sumber saya dapat dari Kak Engku Bidan Bersalin. Jika hendak tahu details pasal set-set bersalin tersebut boleh ke blog beliau.





image
Tanamera Post Natal Treatment Set


image
Set Ubat Afiat Bersalin
image
Nona Roguy – Herbanika Set Bersalin


Set Bersalin Jamu Mak Dara

Mengapa pilih Shaklee?

Selepas dibuat perbandingan, walaupun Shaklee hanya terdiri dari tablet, Alhamdulillah ianya cukup untuk membuatkan tubuh anda kembali segar dan bertenaga seperti sediakala. Of course anda masih lagi memerlukan khidmat bidan untuk mengurut anda selepas bersalin selain untuk melancarkan pengeluaran susu. Berdasarkan pengalaman saya menggunakan Set berpantang Shaklee, saya rasa sangat best..tubuh rasa bertenaga, tiada lenguh-lenguh, muka pun tak pucat. Pernah ada saudara saya tegur mengatakan saya tak macam orang lepas bersalin, memang nampak bertenaga. Kebetulan saya bersalin musim Hari Raya Aidilfitri, tak putus-putus orang datang berkunjung ke rumah. Anda boleh nilai sendiri set berpantang yang manakah terbaik.  


Testimoni lain




Kebaikan set Berpantang Shaklee


Add-on
Ostematrix (Kalsium)>> Ostematrix adalah kalsium. Bagi ibu yang banyak mengalami luka jahitan bersalin, selalunya berasa takut, fobia atau kurang selesa untuk meneran, terutamanya ketika ingin membuang air besar mahupun air kecil. Pengambilan Ostematrix sangat membantu pergerakan usus bagi menghindari masalah sembelit. Melegakan segala kekejangan otot akibat duduk terlalu lama di kalangan ibu berpantang. Merehatkan otot dan saraf semasa sedang tidur dan ibu akan berasa sangat segar bila bangun pagi. Memenuhi keperluan kalsium untuk tulang, otot dan gigi,mengelakkan kejadian rosak gigi serta kerapuhan tulang. Membantu penghasilan susu ibu yang banyak. Perlu diketahui bahawa Kalsium adalah antara komponen yang penting dalam penghasilan susu ibu.


ESP>> Susu Soya Protein baik untuk penghasilan susu yang banyak serta tinggi kandungan antibodi. Ibu Berpantang dan Ibu Menyusu digalakkan mengambil ESP Susu Soya Protein. Pengambilannya sangat membantu dalam pemulihan luka luaran dan dalaman. Mencantikkan kulit. Memejalkan otot. Membantu dalam penurunan berat badan. Membantu menambah penghasilan susu ibu. Membekalkan tenaga dan kecergasan badan.



Alfafa>> Alfalfa Shaklee merupakan tumbuhan yang mengandungi terlalu banyak manfaat kesihatan. Kaya dengan serat, protein, amino asid, klorofil, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia. Memerangkap lemak yang telah dicairkan oleh Lecithin dan akan membawa keluar dari badan. Juga merupakan galactagogue iaitu herba membanyakkan penghasilan susu ibu.




 
Harga Set Berpantang Shaklee



Nak harga lebih murah??
Mari sertai saya sebagai ahli berdaftar Shaklee, hanya perlu bayar RM65 seumur hidup!

Nak tahu cara lain?
Hubungi saya (Farhana) di 0139453288 umtuk khidmat runding.