Wednesday, April 30, 2014

Cara nak Copy Status dari Facebook

Macam kelakar pulak aku yang tak berapa pandai IT buat tutorial pasal IT.
Sebelum ni aku siap gugel lagi, tapi takde pun yang boleh bagi jawapan apa yang aku nak.
Lepas aku godek-godek, akhirnya aku jumpa jalan penyelesaiannya.
Kalau online melalui laptop/PC memang takde masalah.
Korang klik kanan je dah boleh copy.
Takpun tekan je CTRL C.

Yang online melalui phone, caranya macam ni.
Korang JANGAN buka FB melalui aplikasi FB dalam android, memang takkan dapat copy dari situ.

Korang bukak ikut Google Chrome. Taip je www.facebook.com


Buka dekat tempat korang nak copy tu, tekan dalam 3 saat, keluar la perkataan copy :-) , lepastu PASTE kat mana-mana.


Senang kan..


Monday, April 21, 2014

Saya budak baru belajar

Irsyad oh Irsyad...
Almari nenek adalah tempat feveret dia nak berdiri.
Sekali dengan pakej nak buka pintu almari dan ketuk cermin.
Buat penat mulut je larang budak ni.
Nanti biar kejap lagi memanjat pulak.

Usha-usha apa ada dalam almari

Cara lembutkan hati anak yang degil

Malam tadi aku tengok rancangan Kalau dah Jodoh `Ustaz Kazim Elias'.Dalam rancangan tu, ada soalan cara nak lembutkan hati anak supaya dengar kata. Ustaz Kazim suruh amalkan ayat dari surah Asy-Syuura, ayat ke 19;


Terjemahannya

Cara amalkannya:
Baca ayat ni sebanyak 19 kali sambil letak tangan di ubun-ubun anak yang degil. InsyaAllah lama kelamaan anak akan mendengar kata.

Saturday, April 19, 2014

Jom kempiskan perut!

Sejak lepas bersalin, susah betul nak kempiskan semula perut.
Setakat ni aku ambil juga Lecithin Shaklee untuk kurus.
Bagi aku memang ok vitamin tu cuma masalahnya aku selalu lupa nak makan.
Kalau aku konsisten makan, mesti aku dah kurus kering sekarang ヽ( ´¬`)ノ

Kebiasaannya, malam-malam aku suka breastfeed Irsyad sambil baring.
Yang kelakarnya, boleh pulak si Irsyad ni tengah mamai-mamai pergi kat bahagian perut aku nak hisap.
Malu mak ko nak oi..
See, betapa mak ko ni dah buncit tapi tak reti-reti nak kuruskan balik.
Bluekk, mama gemuk.

So, aku nekad nak bagi kempis sikit perut ni..
Lagipun tak lama lagi dah nak raya.
Mesti la kena kurus dan kempis sikit sempena hari lebaran.
Chewahh...

So, mari kita eksesais..

Yang ni pulak untuk kempiskan perut

So far, aku baru buat eksesais simple-simple ni 2 hari. Terasa la jugak ada perubahan, cuma aku harap aku istiqamah dalam menjayakan misi ku ini.


Saturday, April 12, 2014

Syoknyer mandi!

Lama dah bumi Terengganu tak disimbahi hujan. Si kecik ni meragam tak nak tidur siang, tapi mata tu mengantuk, mula la nak mengamuk je. Kalau bawak masuk bilik air, suka sangat boleh main air. Layan je la. Sejam dalam bilik air pun takpe.

Wednesday, April 9, 2014

Budak-budak zaman lening


Budak zaman sekarang, paksu baru balik sekolah tak tengok kiri kanan terus on laptop nak main game.
Dulu tak tahu password panjang sikit step nak main game.
Tambah step MERAYU dulu.
Si anak sedara plak, bangun je tidur terus pergi kat paksu nak tengok pak su main.
Mula-mula je la tengok, lepas tu sibuk nak tarik-tarik kabel mouse.




Okay sekian, nampak sangat takde modal nak type entry..hihi




Tuesday, April 8, 2014

Jenis makanan yang boleh menurunkan kolesterol.

Adakah hasil pemeriksaan kesihatan menunjukkan yang anda mempunyai tahap kolesterol yang tinggi?.
Kita terdedah kepada risiko serangan jantung apabila kolesterol LDL lebih tinggi daripada kolesterol HDL.
Oleh itu, pola pemakanan dan gaya hidup yang sihat membantu untuk menurunkan kolesterol dan mengurangkan risiko penyakit jantung.
Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali digabungkan dengan Lipoprotein.
Kolesterol yang dirembes oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan LDL(kolesterol jahat) atau HDL (kolesterol baik).

Jenis-jenis makanan yang dapat menurunkan kadar kolesterol adalah:

Kacang Soya
Makanan jenis kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin dan zat galian. Ia mampu menghindarkan diri daripada penyakit jantung dan kencing manis. Kandungan kalsium dan mineral di dalamnya juga membantu memecahkan lemak sambil menyusutkan kadar lemak jahat (LDL). 
Pastikan anda mengambil produk soya daripada non GMO seperti Shaklee.
Antara rangkaian produk Shaklee untuk mengurangkan tahap kolesterol adalah:


Pemecahan lemak dan kolesterol, bertindak sbg pembersih salur darah.
Membantu mengemulsi dan metabolisma lemak,kolesterol dan trigliserida dalam tubuh.
Menghalang tekanan darah tinggi dengan menghalang arteriosklerosis.
Menggalakkan peredaran darah.




Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
Menggalak dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL
Meningkatkan peredaran darah
Membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah.


Kuaci
Kuaci sememangnya kaya dengan kandungan zat besi. Amalkan memakan kuaci jenis tawar seperti biji labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi dalam tubuh, pada masa yang sama dapat mengurangkan kolesterol.





Buah-buahan kering
Kurma kaya dengan serat dan kandungan flavanoid. Jadi ia mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL dan mengurangkan risiko penyakit jantung.
 Selain daripada kurma, flavanoid juga boleh didapati dalam sumber makanan lain seperti teh, brokoli, tomato, bawang dan buah-buahan.




Epal
Memakan sebiji epal atau jusnya selepas makan makanan segera dapat mengimbangi kandungan zat dan mencegah pembentukan lemak dalam tubuh.




Kacang Tanah
Kacang tanah yang dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Vitamin E membantu diri menghalang radikal bebas daripada merosakkan kandungan HDL dan pada masa yang sama mengelakkan dari serangan sakit jantung.





Shaklee juga mempunyai vitamin E:

Melindungi jantung,melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pegasidan lipid.
Meningkatkan kolesterol HDL.
Mengurangkan tekanan darah tinggi.
Sejenis antioksidan kuat yang boleh larut dlm lemak dimana ia menyokong kesihatan jantung.


Ikan tuna
Tuna merupakan sumber asid lemak Omega-3. Kandungan asid lemak Omega-3 berupaya melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolesterol LDL dalam tubuh.


Susah nak cari tuna, vitamin Shaklee bersedia membantu:




Pengambilan asid lemak omega 3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.
Memperbaiki kesihatan kardiovaskular disamping memelihara tekanan darah dan paras trigliserida dan kolesterol yang normal.
Merendahkan kolesterol dan menghindar pembekuan darah di dalam badan.


Mangga
Mangga kaya dengan vitamin C, sekaligus berupaya mencegah LDL dalam tubuh. Selain mangga, buah-buahan lain adalah belimbing, kodondong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi.





Kismis
Sebatian yang terkandung dalam kismis mampu menurunkan kolesterol. Dengan mengamalkan diet 400 kalori kismis setiap hari, tubuh dapat menurunkan kolesterol dalam darah sebanyak lapan peratus.




Jambu Batu
Anda disyorkan makan jambu batu 400 gram atau sebiji sehari dalam tempoh 4 minggu. Ia berupaya menurunkan paras kolesterol sebanyak 18.8 peratus. Selain itu, jambu batu baik untuk menurunkan berat badan.





Tomato
Minum dua gelas jus tomato sehari dapat menurunkan kadar kolesterol.





Buah Delima
Buah delima mampu mengurangkan pertumbuhan plak kolesterol dan meningkatkan produksi oksida nitrat. Kesannya, ia mampu mengurangkan plak pada arteri




Aprikot





Bawang putih
Ambillah lebih banyak bawang putih dalam pemakanan sehari.



Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal dan paras kolesterol.
Menggalakkan kesihatan kardiovaskular.
Menurunkan kolesterol LDL ,trigliserida dan kelikatan darah.
Meningkatkan HDL,menghalang stok dan penyakit koronari.



Bayam
Bayam mengandungi zat lutein yang amat penting bagi kesihatan organ jantung dan mampu melindungi jantung daripada penempelan lemak pada pembuluh darah. Ambil sekurang-kurangnya setengah mangkuk bayam yang telah dimasak setiap hari.




Teh
Teh kaya dengan antioksidan yang dapat memberikan rasa tenang terutamanya pada pembuluh darah. Jadi, ia dapat menghindari masalah pembekuan darah.





Coklat
Coklat hitam rasanya pahit namun ia mengandungi antioksidan dan flavanoid yang memang bagus untuk mengurangi kolesterol jahat.






Untuk pertanyaan mengenai harga dan keterangan produk boleh rujuk di sini
fungsi produk dan harga

Wednesday, April 2, 2014

Pengedar Shaklee Kuala Terengganu dan Marang


Berita baik kepada pengguna Shaklee Kuala Terengganu dan Marang, kini anda boleh dapatkan produk Shaklee tanpa perlu keluar rumah. 
Pengedar Shaklee Kuala Terengganu dan Marang boleh membantu anda membuat penghantaran ke rumah dengan servis terbaik. Anda hanya perlu hubungi saya dan dapatkan khidmat penghantaran.

Tak perlu ke bank untuk transfer duit, tak perlu tunggu pos, tak perlu keluar ke pejabat pos untuk ambil bungkusan.

Hubungi pengedar Shaklee Kuala Terengganu dan Marang HARI INI.


✆: 013-9453288(SMS dan Whatsapp pun boleh)

✉ : isna_nana88@yahoo.com

Pengedar Shaklee Kuala Terengganu dan Marang: boleh hantar terus ke rumah kawasan Pasir Panjang, Kuala Ibai, Chendering, Bandar Marang, UMT, UNISZA KOTA, UNISZA Gong Badak, Mydin Mall, Giant dll.


Tuesday, April 1, 2014

#MuhammadIrsyadZaffran 8 months

Assalamualaikum..

Anakanda ku dah genap 8 bulan hari ni..Makin manja dengan mama dia, tak boleh nak tinggal.
Dengan abah dia pun kadang-kadang merengek tak nak duduk.
Irsyad ni jenis takut kena tinggal sorang-sorang.
If bangun tidur dia tengok takde orang dalam bilik, siap la meraung-raung la dia.
Bercucuran air mata.


2 bulan setengah. Baru baru pandai nak mengekek


Di R&R Temerloh, perjalanan ke IJN hantar ayah



Perkembangan Irsyad setakat ni:

>>Dah boleh merangkak

>>Boleh duduk cuma kurang stabil lagi

>> Dah pandai melambai sendiri tanpa disuruh

>> Dah pandai sedut air pakai straw 

>>Belum tumbuh gigi ('﹏*๑)ウッ…

>>Memanjat memang hobi Irsyad. Masa baru-baru pandai memanjat pukul 5.30 pagi dia terkejut dari tidur terus merangkak dekat kepala katil. Tak agak-agak nak tunjuk skill.

>>Dari segi makan budak ni takde masalah sebab dia jenis makan apa sahaja. Aku bagi solid food kat Irsyad masa umur dia 4 bulan setengah. Masa tu bagi nestum campur susu, buat cair je..letak dalam botol biar dia sedut. Tak pun buatkan bubur nasi cair je.Bila dah masuk 6 bulan aku bagi nasi lenyek kadang-kadang tak sempat lenyek dah berebut dengan dia tak sabar nak makan.


Masuk 7 bulan aku dah bagi nasi dengan lauk yang masak dekat umah.

Sekali je Irsyad pernah keluarkan balik makanan dia, masa tu lauk singgang. First time rasa masin kot.
Sekarang ni dah makan macam-macam, lauk tomyam, Lauk gulai ikan, gulai ayam semua dah makan.


Saya makan mashed potato!

Hepi bkn main kalau bab makan



Gambar pun banyak duduk atas kerusi makan dekat kedai


>>kalau tengok betul2 rambut irsyad ni jenis jarang dekat tengah. Ala-ala rambut profesor gitu.  

Sorry pakcik, sy nk bg contoh jer.


>>Alhamdulillah Irsyad jenis jarang sakit demam. Kalau demam pun sehari dah baik. Irsyad ni fully breastfeed, maybe sebab tu antibodi dia kuat. Cuma yang masa pergi hantar ayah di IJN, hari kedua tubuh Irsyad dah panas. Mungkin lama sangat duduk menunggu dalam hospital. Aku lap-lap tubuh dia guna kain basah. Menyusu pun semaksimum mungkin aku bagi. Hari ketiga masih tak kebah, petang tu aku bawak pergi klinik. Doktor bagi ubat masuk ikut punggung dan ubat makan. Esoknya baru la sejuk sikit tubuh irsyad. 


>>Budak ni masalah dia satu je, jenis tidur sekejap-sekejap. Tu aku dah bagi tidur dalam buai, kalau tidur atas tilam lagi la sekejap. Tidur dalam buai sekurang-kurangnya bila dia terjaga, boleh ayun2 lagi kasi tidur. Aku belum habis makan nasi lagi dia dah bangun, tok sah kata nak masak...alasan malas masak..hew hew

Saya dah start nak buas, nanti saya dah dapat kaki, saya harap mama saya boleh kurus (⌒_⌒)


6 m.o 



Muka baru lepas menangis, eksyen sangat nak memanjat kang dah jatuh



Ok...sekian perkembangan Irsyad buat masa ni..Dah boleh berjalan nanti mama update lagi yer.