Monday, December 8, 2014

Ketahui punca anak mengamuk (tantrum)

Pernah berhadapan dengan anak mengamuk? Irsyad pun pernah sekali dua menghentak tubuhnya ke lantai. Yang pertama kali dia berbuat begitu semasa abahnya merampas gula-gula ditangannya, yang kedua ketika dia sedang seronok bermain pasir saya tarik dia untuk basuh tangan dan terus bawanya masuk ke dalam rumah. Biasanya saya biarkan dia seketika, kemudian barulah saya memeluk dia dan alihkan perhatiannya dengan benda lain.

Anak kecil bukan sengaja suka mengamuk dan buruk perangai. Kita sebagai bu bapa jangan sekali bersangka anak kita memang buruk perangai dan dijadikan untuk menimbulkan masalah dan kesusahan kepada kita. Jangan langsung berfikir begitu, ya. Tak baik begitu.



Jika anak tu mengamuk...diantara lain mungkin sebab...

1- Dia letih sangat atau sakit sampai badan dia dah tak boleh nak tanggung. Jadi urutlah dan biarkan dia merengek sebagai ekspresi mengeluarkan sakit tu. Sekejap sahaja dia akan merengek, jika anda izinkan dia merengek.




2- Rungsing dengar hingar-bingar, sampai kepala dia rasa nak pecah. Maka bawalah ke tempat yang tenang. Basuh kepala dan mukanya serta bacakan ayat Al-quran, apa yang anda tahu.


3-Dia tidak puas hati sebab barang yang dia ambil sebab baru sahaja nak explore dirampas takut merbahaya. Ramai ibu bapa bila anak memegang atau nak memegang benda yang merbahaya terus merampas kasar dan tidak menggantikan dengan benda yang selamat.
Boleh ambik, cuma jangan rampas secara kasar dan gantilah dengan barang yang lebih menarik.


4- Terlalu selalu dilarang itu dan ini. Anak jadi keliru apalah yang boleh dia buat.


5- Terlalu kerap dimarahi. sikit-sikit marah dan suruh diam.


6- Terlalu ketat mendisiplin sampai tiada ruang untuk anak bernafas. Anak merasakan dia dibenci.


7-Mesti ikut arahan ibu bapa sampai tiada ruang untuk mereka bertanya dan menyampaikan idea. Bertanya soalan pun tak boleh.


8- Pernah tengok orang lain mengamuk dan ingatkan itulah cara yang baik. Oleh itu, beritahu dia tidak perlu ikut orang mengamuk sebab dia disayangi dan dia boleh memberitahu dengan baik apa yang dia hendak.




9- Sebab mak bapak selalu sangat mengamuk...dan berkelahi antara satu sama lain. Terutama berkelahi mengenai siapa perlu buat apa utk anak. Anak menjadi punca berkelahi. Contoh,' asyik-asyik saya yang kena salin lampin, awak tengok TV jer'...marah-marah depan anak...macamanalah agaknya perasaan anak tu. Macam perasaan kita bila dah tua nantilah, bila anak-anak berkelahi sapa yang nak bawa kita ke klinik utk rawatan.


10-Dan satu perkara yang kita kadang-kadang terlepas pandang iaitu, anak mengamuk ini juga adalah jarum syaitan supaya ibu bapa jadi stress dan lupa diri lalu memarahi anak keterlaluan, lantas melukai anak dan mencederakan anak.


Bila sudah keterlaluan dan berterusan dan meningkat dosagenya, ini menimbulkan kesan trauma yang boleh menyebabkan timbul penyakit hati yang bertambah besar setiap tahun anak itu membesar, ibarat bebola salji yang turun bukit. Dan diantara kesan besarnya menjadikan sesaorang itu boleh mempunyai 'criminal mindset'.

Criminal mindset itulah yang membolehkan sesaorang itu melakukan perbuatan yang lebih hina daripada binatang seperti merogol dan menoreh kemaluan anak-anak kecil yang tidak berdosa.

Namun, jika anda sesekali terlepas kawalan diri tu, maafkanlah diri. Kita manusia, kita kadang-kadang boleh buat silap. Cuma jangan jadikan ia tabiat. Maafkan diri dan berusaha untuk menjadi lebih baik.

Cara menjauhi stress begini, enjoy your time parenting your children. Take it from me, sekejap jer kita dengan anak-anak kita kecil begini. Sekelip mata jer. Mereka begitu cepat membesar.

Belajar, memperbaiki diri, turunkan ego dan selalu bisikkan kepada diri, SAYA LAYAK MENJADI IBU BAPA CEMERLANG KERANA ANAK-ANAK SAYA LAYAK BAHAGIA DENGAN CARA SAYA MENDIDIK.




*sharing dari rakan FB, tidak dapat dikenalpasti dimana sumber

Sunday, December 7, 2014

Panduan elak stretchmark seawal kehamilan

Selepas bersalinkan Muhammad Irsyad iaitu anak pertama saya, boleh dikatakan keadaan tubuh 100% sudah berubah. tubuh tidak secantik dan setegang seperti sebelum mengandung. Parut parut stretchmark sangat jelas ketara dengan ditambah lagi perut menggeleber. Ditambah pula Irsyad dilahirkan agak besar iaitu 3.6 kg. Memang rasa sangat tertekan siap menangis di depan cermin. Untuk anak kedua saya  hendak melakukan pencegahan dari awal.





Apa itu stretchmark?

Rekahan kulit atau dikenali juga sebagai stretch mark merupakan parut kecil yang terjadi dipermukaan kulit akibat dari kesan regangan kulit. Kesan rekahan ini selalunya mencacatkan penampilan dan juga kelicinan kulit kerana ia kadangkala boleh kelihatan dengan jelas. Faktor yang menyebabkan stretchmark antaranya ialah kehamilan dan juga akibat daripada kegemukan dan kenaikan berat badan yang menyebabkan kulit meregang.

Kesan rekahan kulit biasanya terjadi dibahagian perut (kebanyakkannya disebabkan oleh kehamilan), di buah dada, punggung, pinggul, paha dan ada juga yang mengalaminya dibahagian lengan. Walaupun ada yang berjaya menghilangkan kesan regangan kulit, dan ada juga yang berjaya mengurangkan kesan rekahan itu dari terlalu menonjol di permukaan kulit, cara terbaik dan termurah adalah melalui pencegahan dari awal. Juga, menghilangkan tanda regangan atau strectmark ini tidak semudah mencegahnya dari berlaku.



Caranya ialah :

1. Mulakan dari seawal kehamilan dengan cara menyapu losyen dibahagian perut, punggung dan paha. Tujuannya dalah untuk memberi kesan keanjalan dan kelembapan kepada kulit. Saya menggunakan Palmer's Cocoa Butter. Nak tahu berkesan ke tidak?. KONSISTENSI itu penting, jangan pula hari ni pakai, esok tak pakai. Losyen ni sepatutnya dipakai minimum 2 kali sehari. Ia membantu mencegah kulit dari menjadi kering dan merekah akibat dari regangan yang dialami sewaktu didalam tempoh kehamilan nanti.



2. Waktu terbaik untuk menyapu losyen ialah setiap kali selepas mandi agar kulit kelihatan lebih sihat, tegang dan juga untuk awet muda. Kalau kulit kita sentiasa lembap dan anjal, pasti lambat berkedut. Seelok-eloknya gunakan losyen yang mengandungi minyak kelapa atau aloe vera. Juga losyen yang dibuat dari bahan semulajadi dan tidak mengeringkan kulit.


3.Alternatif lain, boleh juga menggunakan sabun yang diperbuat dari bahan semulajadi seperti sabun minyak kelapa dara bagi memelihara kelembapan kulit. Sabun ni saya beli di Ekspo Perladangan yang diadakan di Terengganu tidak lama dahulu. Penggunaan sabun adalah lebih mudah dan tidak leceh berbanding memakai cream/losyen.




4.Jika terasa gatal diperut, paha, pinggul dan punggung terutama sewaktu didalam tempoh hamil, JANGAN sekali-kali menggarunya. Sebaliknya ambil losyen dan sapu ditempat yang terasa gatal. Ingatlah,  mecegah lebih mudah dari menghilangkannya kerana untuk menghilangkan stretchmark, peratus kejayaannya amat kecil sekali.


5.Elakkan pengambilan minuman berkafen dan beralkohol yang boleh menyebabkan kulit menjadi kering. Sebaliknya, gantikan dengan air mineral bagi membantu melembabkan kulit anda.


6.Banyakkan mengambil buah-buahan, minuman yogurt dan susu segar





Bagi mereka yang telah bersalin dan mempunyai stretchmark, cuba lakukan begini :

Minum air suam atau air panas mengikut kuantiti yang disyorkan iaitu 2 liter sehari. Ada sesetengah pantang larang orang tua tidak membenarkan meminum air yang banyak ketika berpantang.Namun begitu, perlu saya ingatkan, kesannya agak tidak bagus kerana bukan sahaja boleh mengurangkan pengeluaran susu badan tapi juga menyebabkan kulit anda menjadi kering akibat kekurangan air selain dari masalah sembelit. Saya syorkan mencuba meminum air halia bara sewaktu didalam pantang. Ia bukan sahaja menghilangkan dahaga, tapi juga memanaskan badan dan membantu membanyakkan susu .


Mengambil supplemen untuk kulit seperti vitamin A, C dan E. Walau apa sekali pun, cara terbaik adalah melalui pencegahan. Nasihat saya pada bakal ibu, cuba luangkan sedikit masa anda untuk menyapu losyen diperut dan bahagian lain badan yang mudah mengalami regangan untuk mengelakkan stretchmark dari berlaku.


Jika anda inginkan alternatif daripada Shaklee, ada beberapa saranan jika anda bercadang untuk mengatasi masalah ini:

>>Mengambil Protein ESP dan Vitamin C setiap hari
>>Menyapu bahagian stretchmark dengan Vitamin E
>>Mengamalkan Collagen Powder Shaklee untuk mempercepatkan pembaharuan dan keanjalan kulit dari dalaman..



Untuk pertanyaan lanjut mengenai produk Shaklee, boleh hubungi saya, Farhana 0139453288.
COD di sekitar Kuala Terengganu, Marang dan Gong Badak.

Monday, November 10, 2014

Perbandingan Set Berpantang-Adakah Shaklee pillihan yang Tepat?

Hari ni saya nak bercerita mengenai set selepas bersalin atau nama lainnya set berpantang. kalau diikutkan mencari set berpantang memang memeningkan kepala. Jenuh nak survey sana sini. Masa saya berpantang anak pertama (Ogos 2013) saya menggunakan Set Berpantang Shaklee. Kebetulan masa tu ada SID yang jual Trial Set, dengan hanya RM100 dah cukup untuk berpantang selama 40 hari. Sekarang Shaklee dah tak benarkan buat trial pack.

Bagi sesiapa yang kurang rajin nak survey banyak web, saya dah buat satu rumusan mengenai Set berpantang tradisional dan moden yang terdapat di pasaran Malaysia. Sumber saya dapat dari Kak Engku Bidan Bersalin. Jika hendak tahu details pasal set-set bersalin tersebut boleh ke blog beliau.





image
Tanamera Post Natal Treatment Set


image
Set Ubat Afiat Bersalin
image
Nona Roguy – Herbanika Set Bersalin


Set Bersalin Jamu Mak Dara

Mengapa pilih Shaklee?

Selepas dibuat perbandingan, walaupun Shaklee hanya terdiri dari tablet, Alhamdulillah ianya cukup untuk membuatkan tubuh anda kembali segar dan bertenaga seperti sediakala. Of course anda masih lagi memerlukan khidmat bidan untuk mengurut anda selepas bersalin selain untuk melancarkan pengeluaran susu. Berdasarkan pengalaman saya menggunakan Set berpantang Shaklee, saya rasa sangat best..tubuh rasa bertenaga, tiada lenguh-lenguh, muka pun tak pucat. Pernah ada saudara saya tegur mengatakan saya tak macam orang lepas bersalin, memang nampak bertenaga. Kebetulan saya bersalin musim Hari Raya Aidilfitri, tak putus-putus orang datang berkunjung ke rumah. Anda boleh nilai sendiri set berpantang yang manakah terbaik.  


Testimoni lain




Kebaikan set Berpantang Shaklee


Add-on
Ostematrix (Kalsium)>> Ostematrix adalah kalsium. Bagi ibu yang banyak mengalami luka jahitan bersalin, selalunya berasa takut, fobia atau kurang selesa untuk meneran, terutamanya ketika ingin membuang air besar mahupun air kecil. Pengambilan Ostematrix sangat membantu pergerakan usus bagi menghindari masalah sembelit. Melegakan segala kekejangan otot akibat duduk terlalu lama di kalangan ibu berpantang. Merehatkan otot dan saraf semasa sedang tidur dan ibu akan berasa sangat segar bila bangun pagi. Memenuhi keperluan kalsium untuk tulang, otot dan gigi,mengelakkan kejadian rosak gigi serta kerapuhan tulang. Membantu penghasilan susu ibu yang banyak. Perlu diketahui bahawa Kalsium adalah antara komponen yang penting dalam penghasilan susu ibu.


ESP>> Susu Soya Protein baik untuk penghasilan susu yang banyak serta tinggi kandungan antibodi. Ibu Berpantang dan Ibu Menyusu digalakkan mengambil ESP Susu Soya Protein. Pengambilannya sangat membantu dalam pemulihan luka luaran dan dalaman. Mencantikkan kulit. Memejalkan otot. Membantu dalam penurunan berat badan. Membantu menambah penghasilan susu ibu. Membekalkan tenaga dan kecergasan badan.



Alfafa>> Alfalfa Shaklee merupakan tumbuhan yang mengandungi terlalu banyak manfaat kesihatan. Kaya dengan serat, protein, amino asid, klorofil, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia. Memerangkap lemak yang telah dicairkan oleh Lecithin dan akan membawa keluar dari badan. Juga merupakan galactagogue iaitu herba membanyakkan penghasilan susu ibu.




 
Harga Set Berpantang Shaklee



Nak harga lebih murah??
Mari sertai saya sebagai ahli berdaftar Shaklee, hanya perlu bayar RM65 seumur hidup!

Nak tahu cara lain?
Hubungi saya (Farhana) di 0139453288 umtuk khidmat runding.


Monday, November 3, 2014

Merawat lelah/asma

Irsyad umur 9 bulan baru kena lelah. First time kena ialah masa hantar ayah mertua  ke IJN.
Duduk dalam bilik aircond dekat penginapan.
Dia pula jenis tak suka selimut.
Esoknya, dah start panas dan kedengaran bunyi kahak dalam dada.
Balik terengganu, pergi klinik, Dr cakap dah kena lelah sebab kahak datang dari paru-paru.
Punca sebab aku minum ais sampai 3 gelas, sedangkan Irsyad masih bf lagi.


Memang tak boleh jangka bila lelah dia akan menyerang.
Dalam duk berjaga jaga, salah makan sikit terus demam.
Pakej dia sekali dengan lelah.

Sehinggalah aku bawak pergi berubat secara tradisional di hometown aku di Terengganu.
Makcik ni tinggal di Merchang.
MakNab nama dia, rumahnya berhadapan dengan SK Merchang.
Alhamdullilah Irsyad di beri kesembuhan selepas berubat dengan beliau.
Menurut MakNab penghidap lelah banyak kena pantang terutama buah-buahan sejuk seperti pisang, tembikai dan duku.
Setelah 3 kali berulang alik ke rumah MakNab(memang syarat 3 kali rawatan), Irsyad kini tidak lagi demam dan lelah.
Irsyad sekarang dah 1 tahun 4 bulan.

MakNab berubat guna ayat al-Quran.
Kemudian beliau sapukan minyak pada bahagian dada dan belakang badan.
Sebelum datang berjumpa Mak Nab pastikan bawa minyak kelapa dan air kosong.
Aku bawa air yang botol besar 25 liter.

Selain itu, selepas Irsyad umur setahun, 
aku bagi Shaklee Mealshake untuk pertahanan tubuh badannya.
Berat Irsyad tak naik banyak sebab before this asyik demam dan lelah.
Selera makan pun kurang, macam mana nak besar.

Now, pantang dengar perkataan nasi.
Mesti berlari datang minta disuap.
Anak sihat, mama pun happy.

p/s: Sesiapa yang hendak tawakkal berubat dengan Mak Nab boleh hubungi saya 0139453288







Bagaimana cara dari SID ke Supervisor




1st time jumpa mami Hadhatina Mkb...
Pertemuan dengan Master Hadhatina sangat best! 
Pada awalnya upline ajak jumpa, ingatkan nak pergi ramai-ramai..
so, just setujukan aje.
Rupanya kami berdua saja, boleh bawa suami masing-masing.
Hubby ku pulak taknak pergi.
Tapi once dah jumpa, seriously tak menyesal okay!
Segala debaran, rasa segan, malu...hilang gitu jer,,. 
Best sgt kenal dia..teruja...penuh aura dan cas2 positif...
Orangnya sangat energetic..
Coaching sambil makan2..alhamdulillah..
Lepas ni kerja keras.. sahut cabaran dedi mkb!
InshaAllah..amin2..amin..

Bonus shaklee bergantung pada sales monthly. Setiap belian akan diberi point iaitu UV. Rujuk senarai harga kerana setiap barang berlainan UV. 
Minimum UV untuk layak terima bonus ialah 150uv.
Bonus shaklee dibayar mengikut UV Group dan anda boleh dapat bonus besar bila UV group dan UV Personal Besar. Bonus berdasarkan UV mengikut jadual berkenaan:

150 uv 5%
300 uv 8%
600uv 11%
1200uv 14%
2000uv 17%
2500uv 21%

Contoh cara kiraan
Uv x 3.1 x percent
Cth:kita dpt 2500UV, maka cara kira
2500x 3.1 x 0.21 = RM1627 (BONUS!)

 Jika  ingin menjadi SUPERVISOR
(2500 uv layak 21%bonus)
Belian barang personal + group RM10,000: Layak naik pangkat Supervisor dan UV Ingat 3000 adalah dari kumpulan (UV Personal +UV Group ) ,Oleh itu pentingnya ada Downline kan? sebab bergerak melaui Group lebih cepat Pangkat akan naik.

Kenapa Mesti jadi Supervisor??
Sebab selain bonus dari Personal UV Shaklee bayar lagi Bonus New rank RM 368

CARA PENGIRAAN
Contoh Jika anda buat Personal 3000uv x 3.1 x 21% = RM1953
tambah Bonus New rank RM368
= RM 2321 inilah bonus bila naik rank supervisor


Antara intipati yang aku dapat selesai sesi coaching tadi.

1) First, MASTER CHECKLIST kena follow.
Every single item kena follow.


Cara Master Hadha ajar tadi, step yang kita rasa boleh buat, kita kena HIGHLIGHT dulu.
Maksudnya kena ada target nak buat apa.
Bila dah berjaya buat barulah kita tandakan/tick.

2) Dalam Shaklee kena ada TARGET YANG JELAS.
Sebagai contoh target nak jadi Supervisor.
Setkan terus nak naik rank SV bila?, Setkan MASA.
Contoh, Disember 2014, aku mesti dah naik rank jd SV.

3) Kena tahu cara kita nak jual produk Shaklee ni melalu online atau offline.
Bila melalui Online, apa medium yang boleh digunakan.
Contoh Blog, Facebook, Instagram
Untuk Offline pulak ada caranya juga.
Pertama, boleh print testimoni pengguna produk Shaklee, letak dalam satu file (clear folder).
Bakal customer akan mudah tertarik bila ada testimoni berhubung kebaikan produk.
Selain itu, boleh buat flyers atau pamplet bergambar tentang kegunaan produk.

4) Fokus pada produk/Set.
Contoh nak fokus pada Set Berpantang. Kesemua item dalam set pantang kita kena study dan fahamkan.
Maknanya kita mati-matian promote yang tu je.
Macam yang Master Hadha ajar, bahagikan target uv untuk jadi supervisor pada 4 mengikut minggu.
Untuk jadi SV, 3000 uv diperlukan.
Jika 3000uv/4= 750 uv diperlukan untuk setiap minggu.
Ingat! 3000 adalah dari kumpulan (UV Personal +UV Group ) ,Oleh itu pentingnya ada Downline kan? sebab bergerak melaui Group lebih cepat Pangkat akan naik.
Jika uv tak cukup 750 pada minggu pertama, pastikan uv yang tidak cukup itu diganti pada minggu kedua dan seterusnya.


5)Lastly, nak jadi leader hati kena kuat, kena cekal.
Tak boleh post status emo-emo di FB.


Jika inginkan konsultasi dari saya, boleh hubungi 0139453288
Pengedar vitamin organik.










Monday, May 19, 2014

Haircut

Pagi semalam aku potong rambut Irsyad belah tepi. Rimas sangat nengoknya dia duk tarik-tarik rambut. Rambut sampai dah tutup telinga. Rambut dia ni jenis nipis, potong sikit pun dah nampak perbezaan.

Abah dia balik keje semalam marah kat aku. Kenapa pergi potong rambut anak macam tu, hodoh bebenor..kiki.
Takpe la dik kan, seminggu dua lagi cantik la tu.

Sunday, May 18, 2014

Tutorial-DIY roses hand bouquet

Hand bouquet ni aku buat sempena hari pertunangan adik aku..bajet2 kretip la tu..hihi
Tapi ramai jugak yang puji cantik.


Cara buat senang je,
Mula-mula, lakar bentuk bulat pada kertas A4. Korang bajet boleh muat 4 bulatan sama besar


Gunting bentuk lingkaran macam ubat nyamuk

Lebihan tajam tu akan ditrim.

Trim lebihan kertas

Dah bulat semua


Gulung kertas bermula dari luar

Dah siap gulung. Pastikan kertas yang paling hujung letak di bawah sebagai tapak.

Gamkan guna hot glue untuk memudahkan kerja.

Tadaa!..dah siap

Boleh tambah aksesori seperti manik untuk lebih berseri bunga ros kertas anda.


Dah buat ros tu banyak-banyak, tampal je guna hot glue pada polistrin bulat. 

Masa ni aku buat pemegang pakai botol bekas ubat. Macam tak sesuai la pulak kan besar sangat, dah rupa pasu dah.


Ni yang dah siap..pemegang dia aku tukar guna botol ubat minyak yuyi cap limau..aku jolok2 je dalam gabus bulat tu pastu gam bagi kukuh..
Korang boleh lah hias ikut kreativiti korang bagi cantik..
Selamat mencuba!

Monday, May 5, 2014

Risau seorang Abah

Tengah hari tadi hubby Whatsapp tanya pasal anak.
Macam pelik je soalan dia.
Dah dekat pukul 1 petang hubby tanya aku dah bangun tidur ke belum..
Amboi, macam la aku ni jenis peram tidur sangat.
Rupanya dia ada baca kisah pasal kematian baby Armand akibat terserdak susu.
Usia baby tu baru 3 bulan.


Memang sangat sedih apabila berlaku kehilangan.
Semoga ibu Armand tabah dalam mengharungi dugaan ini.
At least dah ada penunggu syurga menanti ibu bapa Armand.

Si hubby pun selalu pesan kat aku time marah kat anak mulut jaga sikit.
Jangan celupar.
Kadang tu aku cakap `GERAM' kat anak pun hubby warning.
Ya Allah, Engkau peliharakanlah lidah dan mulut ini dari mengatakan perkara yang tidak baik.

Wednesday, April 30, 2014

Cara nak Copy Status dari Facebook

Macam kelakar pulak aku yang tak berapa pandai IT buat tutorial pasal IT.
Sebelum ni aku siap gugel lagi, tapi takde pun yang boleh bagi jawapan apa yang aku nak.
Lepas aku godek-godek, akhirnya aku jumpa jalan penyelesaiannya.
Kalau online melalui laptop/PC memang takde masalah.
Korang klik kanan je dah boleh copy.
Takpun tekan je CTRL C.

Yang online melalui phone, caranya macam ni.
Korang JANGAN buka FB melalui aplikasi FB dalam android, memang takkan dapat copy dari situ.

Korang bukak ikut Google Chrome. Taip je www.facebook.com


Buka dekat tempat korang nak copy tu, tekan dalam 3 saat, keluar la perkataan copy :-) , lepastu PASTE kat mana-mana.


Senang kan..


Monday, April 21, 2014

Saya budak baru belajar

Irsyad oh Irsyad...
Almari nenek adalah tempat feveret dia nak berdiri.
Sekali dengan pakej nak buka pintu almari dan ketuk cermin.
Buat penat mulut je larang budak ni.
Nanti biar kejap lagi memanjat pulak.

Usha-usha apa ada dalam almari

Cara lembutkan hati anak yang degil

Malam tadi aku tengok rancangan Kalau dah Jodoh `Ustaz Kazim Elias'.Dalam rancangan tu, ada soalan cara nak lembutkan hati anak supaya dengar kata. Ustaz Kazim suruh amalkan ayat dari surah Asy-Syuura, ayat ke 19;


Terjemahannya

Cara amalkannya:
Baca ayat ni sebanyak 19 kali sambil letak tangan di ubun-ubun anak yang degil. InsyaAllah lama kelamaan anak akan mendengar kata.

Saturday, April 19, 2014

Jom kempiskan perut!

Sejak lepas bersalin, susah betul nak kempiskan semula perut.
Setakat ni aku ambil juga Lecithin Shaklee untuk kurus.
Bagi aku memang ok vitamin tu cuma masalahnya aku selalu lupa nak makan.
Kalau aku konsisten makan, mesti aku dah kurus kering sekarang ヽ( ´¬`)ノ

Kebiasaannya, malam-malam aku suka breastfeed Irsyad sambil baring.
Yang kelakarnya, boleh pulak si Irsyad ni tengah mamai-mamai pergi kat bahagian perut aku nak hisap.
Malu mak ko nak oi..
See, betapa mak ko ni dah buncit tapi tak reti-reti nak kuruskan balik.
Bluekk, mama gemuk.

So, aku nekad nak bagi kempis sikit perut ni..
Lagipun tak lama lagi dah nak raya.
Mesti la kena kurus dan kempis sikit sempena hari lebaran.
Chewahh...

So, mari kita eksesais..

Yang ni pulak untuk kempiskan perut

So far, aku baru buat eksesais simple-simple ni 2 hari. Terasa la jugak ada perubahan, cuma aku harap aku istiqamah dalam menjayakan misi ku ini.


Saturday, April 12, 2014

Syoknyer mandi!

Lama dah bumi Terengganu tak disimbahi hujan. Si kecik ni meragam tak nak tidur siang, tapi mata tu mengantuk, mula la nak mengamuk je. Kalau bawak masuk bilik air, suka sangat boleh main air. Layan je la. Sejam dalam bilik air pun takpe.

Wednesday, April 9, 2014

Budak-budak zaman lening


Budak zaman sekarang, paksu baru balik sekolah tak tengok kiri kanan terus on laptop nak main game.
Dulu tak tahu password panjang sikit step nak main game.
Tambah step MERAYU dulu.
Si anak sedara plak, bangun je tidur terus pergi kat paksu nak tengok pak su main.
Mula-mula je la tengok, lepas tu sibuk nak tarik-tarik kabel mouse.




Okay sekian, nampak sangat takde modal nak type entry..hihi