Monday, November 3, 2014

Merawat lelah/asma

Irsyad umur 9 bulan baru kena lelah. First time kena ialah masa hantar ayah mertua  ke IJN.
Duduk dalam bilik aircond dekat penginapan.
Dia pula jenis tak suka selimut.
Esoknya, dah start panas dan kedengaran bunyi kahak dalam dada.
Balik terengganu, pergi klinik, Dr cakap dah kena lelah sebab kahak datang dari paru-paru.
Punca sebab aku minum ais sampai 3 gelas, sedangkan Irsyad masih bf lagi.


Memang tak boleh jangka bila lelah dia akan menyerang.
Dalam duk berjaga jaga, salah makan sikit terus demam.
Pakej dia sekali dengan lelah.

Sehinggalah aku bawak pergi berubat secara tradisional di hometown aku di Terengganu.
Makcik ni tinggal di Merchang.
MakNab nama dia, rumahnya berhadapan dengan SK Merchang.
Alhamdullilah Irsyad di beri kesembuhan selepas berubat dengan beliau.
Menurut MakNab penghidap lelah banyak kena pantang terutama buah-buahan sejuk seperti pisang, tembikai dan duku.
Setelah 3 kali berulang alik ke rumah MakNab(memang syarat 3 kali rawatan), Irsyad kini tidak lagi demam dan lelah.
Irsyad sekarang dah 1 tahun 4 bulan.

MakNab berubat guna ayat al-Quran.
Kemudian beliau sapukan minyak pada bahagian dada dan belakang badan.
Sebelum datang berjumpa Mak Nab pastikan bawa minyak kelapa dan air kosong.
Aku bawa air yang botol besar 25 liter.

Selain itu, selepas Irsyad umur setahun, 
aku bagi Shaklee Mealshake untuk pertahanan tubuh badannya.
Berat Irsyad tak naik banyak sebab before this asyik demam dan lelah.
Selera makan pun kurang, macam mana nak besar.

Now, pantang dengar perkataan nasi.
Mesti berlari datang minta disuap.
Anak sihat, mama pun happy.

p/s: Sesiapa yang hendak tawakkal berubat dengan Mak Nab boleh hubungi saya 0139453288







No comments:

Post a Comment