Sunday, March 16, 2014

Petua nak mengandung

Assalamualaikum...

Aku pernah terniat nak share pengalaman aku cara aku buat untuk cepat mengandung. Lepas kahwin, dalam 2 bulan jugak la aku "kosong"..tu pun ada gak mulut-mulut yang tanya dah ada isi ke belum..naik muak aku.. baru 2 bulan kot...hihi.. aku pun ada juga la google- google petua nak bagi mengandung.

Antara perkara-perkara yang aku buat ialah:

1) Masa lepas period hari terakhir tu, kira lepas dah mandi wajib, aku consume Mexorea dari Catalyt...tujuan produk ni adalah untuk bersihkan rahim dan bagus diamalkan masa senggugut. 


2) Iberet Folic- Aku g Watson diorang cakap Iberet Folic ni elok untuk sesiapa yang merancang nak mengandung.. 3 bulan sebelum kahwin pun dah boleh ambil.

3) Kira waktu subur...banyak website ada tolong kirakan untuk kita...jangan malas catatkan tarikh period setiap bulan.

boleh refer link ni cara kira waktu subur

4) "Bersama dengan suami"sepanjang waktu subur tersebut..Kalau boleh buat la hari-hari :)

5) Bagi yang muslim jangan lupa baca doa ketika bersama


6) Bila selepas bersama, jangan terus bangun dan cuci. Tunggu dalam 10 minit, tinggikan kedudukan kaki dan punggung...Contohnya macam ampukan kedua dua kaki kat dinding dan angkat punggung sikit. Ni untuk memudahkan perjalanan sperma.


Ini merupakan cara aku nak mengandung..kita hanya berikhtiar, Allah yang menentukan rezeki kita cepat atau lambat..Apa pun usaha itu penting..Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment