Sunday, March 23, 2014

Petua Ibu Mengandung untuk Mendapat Anak Sihat



Seseorang ibu hendaklah menerima ketentuan Allah terhadap keadaan diri dan kandungannya dengan perasaan redha, sabar dan anggaplah kurniaan Allah itu sebagai rahmat dan kasih sayang-Nya walaupun masih belum bersedia untuk menimang cahaya mata.


Suami pula hendaklah sentiasa menjaga perasaan isteri terutama trimester pertama kehamilan. Ibu yang mengandung memerlukan perhatian yang lebih kerana ini akan memberi kesan kepada keadaan anak yang dikandung.


Hendaklah sentiasa mengawal perasaan, tidak terlalu memikirkan masalah, jangan terlalu bimbang atau takut dan lain-lain perasaan yang tidak elok. Serahkan semuanya kepada Allah.



Jangan memakan makanan yang berbisa seperti ikan sembilang, ikan pari, nenas, tapai dan lain-lain.


Makan makanan berkhasiat dan cukup vitamin



Hendaklah menyedut udara bersih setiap pagi kerana disamping menyihatkan diri, ini juga akan menyihatkan anak dalam kandungan.


Tidur dan berehat dengan cukup setiap hari mengikut masa yang sesuai. Elakkan tidur pada masa-masa yang tidak baik seperti selepas Subuh, selepas Asar atau hampir waktu senja. Jangan terlalu banyak tidur di waktu siang. Semuanya mewarisi anak yang malas dan lembab.


Sentiasa berjalan-jalan di ruang lapang sekurang-kurangnya setengah jam atau satu jam setiap hari terutama di akhir kehamilan. Hal ini akan membantu memudahkan melahirkan anak.


Banyak minum air kosong sekurang-kurangnya 6 atau 7 gelas sehari. 

Untuk sebarang konsultasi/pertanyaan berhubung produk Shaklee boleh hubungi saya 013.945.3288

No comments:

Post a Comment