Monday, March 17, 2014

Pengalaman mengandung anak sulung

Aku nak kongsi pengalaman semasa mengandungkan si Irsyad
Irsyad sekarang dah 7 bulan 17 hari.
Rugi dulu aku tak catat semasa pregnantkan Irsyad.
Sementara masih ingat kenangan tu, jom tulis cepat-cepat.

Aku dapat tau aku pregnant lepas buat UPT test.
Abahnya yg senyap-senyap belikan
Masa tu dalam bulan 11/2012.
Bukan main seronok lagi, biasala anak pertama kan, harusla excited lebih.



Alhamdulillah, pregnant yang ni aku takde alahan.
Cuma sekali sekala aku tak boleh bau orang goreng ikan
Mesti jadi mual and angin
Masa trimester pertama aku suka makan pedas
Hari- hari makan nasi mesti nak ada sambal belacan/tempoyak
Masuk je trimester kedua, langsung tak boleh makan pedas
Tak ke pelik tu.

Supplement yang aku ambil semasa mengandung trimester pertama aku makan je ubat yang klinik kesihatan bagi..
Lama-lama dah muak. Then, aku pergi klinik private diorang bagi obimin.

Aku suka la sebab tak perlu nak makan banyak-banyak jenis.
Sehari sebiji je (⌒_⌒)
Trimester ketiga aku makan Ganilia.

Dekat dekat nak bersalin aku makan Neurogain

Selain tu, sekali sekala ada juga aku makan Obical (kalsium)
Sekarang ni Shaklee tengah trending so better ambil Ostematrix selain dari membekalkan kalsium, ostematrix ni boleh juga melancarkan proses pembuangan air besar.

Kebaikan Ostematrix 
>>Menguatkan tulang
>>Memperbaiki kekejangan dan kebas- kebas
>>Mengurangkan stress
>>Memperbaiki sindrom PMS
>>Pengalkalian tubuh
>>Memperbaiki keasidan perut dan sakit gastrik

Sepanjang mengandung aku pernah kena cramp dalam 3 kali.
Ini bermakna tubuh kekurangan kalsium.
Baby nak membesar dalam perut kena la serap kalsium dari ibu dia.
Bila ibu kurang kalsium tu yang boleh jadi cramp.
Aku pula selalu je lupa nak makan kasium.
Masalah aku yang paling ketara ialah kaki sembab.
Seingat aku masa mengandung 6bulan lebih kaki aku dah start bengkak.
Mungkin sebab aku duduk je masa kerja.
Time weekend elok pula tak bengkak kaki tu.
Lagi satu masalah aku ialah berat aku naik mendadak.
Sepatutnya dalam 2 minggu naik 1kg.
Aku dalam 1 minggu naik 2 kg.
Tak ke naya tu.

Nurse bimbang kalau berat naik cepat sangat kemungkinan ibu ada GDM.
Total berat aku naik ialah 13kg dari berat 57kg sampai la 70 kg sebelum bersalin.
Lebih la jugak dari range, tapi still acceptable.

Masa ni lagi sebulan sebelum bersalin.
perut dah cecah stereng masa drive.


Antara amalan yang aku lakukan sepanjang tempoh mengandungkan si Irsyad aku memang tak pernas miss baca doa bayi dalam kandungan.
Sejak dari 4 bulan sampai la ke bersalin.



Surah-surah yang aku amalkan sepanjang mengandung:
>>Surah al-Fatihah: untuk terangkan hati dan kuat ingatan
>>Surah at-Taubah: untuk bersihkan jiwa dan dijauhi dari maksiat
>>Surah Yusuf: untuk memperolehi anak yg cantik rupa dan akhlak
>>Surah Nahl: untuk memperolehi anak yg berdisiplin
>>Surah Maryam: untuk permudahkan waktu bersalin dan memperolehi anak yg sabar dan taat
>>Surah Luqman: untuk memperolehi anak yg cerdik
>>Surah Yaasinn: untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan
>>Surah Hujrat: untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersikap berhati-hati

Pastu aku suka sangat tengok tv show korea, Running Man.
Sampaikan kawan seofis cakap nanti baby kak Nana keluar tak menangis tapi terus ketawa
Hihi, boleh erk macam tu.
Alhamdulillah, Irsyad ni jenis suka senyum.
Kalau senyum manis je muka dia.
Pentingnya ibu mengandung jaga emosi.
Kang effect dekat anak tu.:-)

Cerita pasal bersalin nanti akan ku buat di entry lain.
Sekian











No comments:

Post a Comment