Tuesday, April 8, 2014

Jenis makanan yang boleh menurunkan kolesterol.

Adakah hasil pemeriksaan kesihatan menunjukkan yang anda mempunyai tahap kolesterol yang tinggi?.
Kita terdedah kepada risiko serangan jantung apabila kolesterol LDL lebih tinggi daripada kolesterol HDL.
Oleh itu, pola pemakanan dan gaya hidup yang sihat membantu untuk menurunkan kolesterol dan mengurangkan risiko penyakit jantung.
Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali digabungkan dengan Lipoprotein.
Kolesterol yang dirembes oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan LDL(kolesterol jahat) atau HDL (kolesterol baik).

Jenis-jenis makanan yang dapat menurunkan kadar kolesterol adalah:

Kacang Soya
Makanan jenis kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin dan zat galian. Ia mampu menghindarkan diri daripada penyakit jantung dan kencing manis. Kandungan kalsium dan mineral di dalamnya juga membantu memecahkan lemak sambil menyusutkan kadar lemak jahat (LDL). 
Pastikan anda mengambil produk soya daripada non GMO seperti Shaklee.
Antara rangkaian produk Shaklee untuk mengurangkan tahap kolesterol adalah:


Pemecahan lemak dan kolesterol, bertindak sbg pembersih salur darah.
Membantu mengemulsi dan metabolisma lemak,kolesterol dan trigliserida dalam tubuh.
Menghalang tekanan darah tinggi dengan menghalang arteriosklerosis.
Menggalakkan peredaran darah.




Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
Menggalak dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL
Meningkatkan peredaran darah
Membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah.


Kuaci
Kuaci sememangnya kaya dengan kandungan zat besi. Amalkan memakan kuaci jenis tawar seperti biji labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi dalam tubuh, pada masa yang sama dapat mengurangkan kolesterol.





Buah-buahan kering
Kurma kaya dengan serat dan kandungan flavanoid. Jadi ia mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL dan mengurangkan risiko penyakit jantung.
 Selain daripada kurma, flavanoid juga boleh didapati dalam sumber makanan lain seperti teh, brokoli, tomato, bawang dan buah-buahan.




Epal
Memakan sebiji epal atau jusnya selepas makan makanan segera dapat mengimbangi kandungan zat dan mencegah pembentukan lemak dalam tubuh.




Kacang Tanah
Kacang tanah yang dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Vitamin E membantu diri menghalang radikal bebas daripada merosakkan kandungan HDL dan pada masa yang sama mengelakkan dari serangan sakit jantung.





Shaklee juga mempunyai vitamin E:

Melindungi jantung,melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pegasidan lipid.
Meningkatkan kolesterol HDL.
Mengurangkan tekanan darah tinggi.
Sejenis antioksidan kuat yang boleh larut dlm lemak dimana ia menyokong kesihatan jantung.


Ikan tuna
Tuna merupakan sumber asid lemak Omega-3. Kandungan asid lemak Omega-3 berupaya melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolesterol LDL dalam tubuh.


Susah nak cari tuna, vitamin Shaklee bersedia membantu:




Pengambilan asid lemak omega 3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.
Memperbaiki kesihatan kardiovaskular disamping memelihara tekanan darah dan paras trigliserida dan kolesterol yang normal.
Merendahkan kolesterol dan menghindar pembekuan darah di dalam badan.


Mangga
Mangga kaya dengan vitamin C, sekaligus berupaya mencegah LDL dalam tubuh. Selain mangga, buah-buahan lain adalah belimbing, kodondong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi.





Kismis
Sebatian yang terkandung dalam kismis mampu menurunkan kolesterol. Dengan mengamalkan diet 400 kalori kismis setiap hari, tubuh dapat menurunkan kolesterol dalam darah sebanyak lapan peratus.




Jambu Batu
Anda disyorkan makan jambu batu 400 gram atau sebiji sehari dalam tempoh 4 minggu. Ia berupaya menurunkan paras kolesterol sebanyak 18.8 peratus. Selain itu, jambu batu baik untuk menurunkan berat badan.





Tomato
Minum dua gelas jus tomato sehari dapat menurunkan kadar kolesterol.





Buah Delima
Buah delima mampu mengurangkan pertumbuhan plak kolesterol dan meningkatkan produksi oksida nitrat. Kesannya, ia mampu mengurangkan plak pada arteri




Aprikot





Bawang putih
Ambillah lebih banyak bawang putih dalam pemakanan sehari.



Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal dan paras kolesterol.
Menggalakkan kesihatan kardiovaskular.
Menurunkan kolesterol LDL ,trigliserida dan kelikatan darah.
Meningkatkan HDL,menghalang stok dan penyakit koronari.



Bayam
Bayam mengandungi zat lutein yang amat penting bagi kesihatan organ jantung dan mampu melindungi jantung daripada penempelan lemak pada pembuluh darah. Ambil sekurang-kurangnya setengah mangkuk bayam yang telah dimasak setiap hari.




Teh
Teh kaya dengan antioksidan yang dapat memberikan rasa tenang terutamanya pada pembuluh darah. Jadi, ia dapat menghindari masalah pembekuan darah.





Coklat
Coklat hitam rasanya pahit namun ia mengandungi antioksidan dan flavanoid yang memang bagus untuk mengurangi kolesterol jahat.






Untuk pertanyaan mengenai harga dan keterangan produk boleh rujuk di sini
fungsi produk dan harga

2 comments:

  1. Biasa set ini berkesan dalam berapa lama ye?

    ReplyDelete
  2. Kesan bergantung pada individu juga sis. Harus diingat Shaklee bukanlah ubat yang akan memberi kesan on the spot pada tubuh kita. Ia berfungsi dengan memperbaiki kerosakan dalam tubuh kita dengan menyingkirkan toksin, kemudiannya barulah sedikit demi sedikit ia menjalankan fungsinya kepada tubuh dengan sempurna.

    ReplyDelete