Tuesday, April 1, 2014

#MuhammadIrsyadZaffran 8 months

Assalamualaikum..

Anakanda ku dah genap 8 bulan hari ni..Makin manja dengan mama dia, tak boleh nak tinggal.
Dengan abah dia pun kadang-kadang merengek tak nak duduk.
Irsyad ni jenis takut kena tinggal sorang-sorang.
If bangun tidur dia tengok takde orang dalam bilik, siap la meraung-raung la dia.
Bercucuran air mata.


2 bulan setengah. Baru baru pandai nak mengekek


Di R&R Temerloh, perjalanan ke IJN hantar ayah



Perkembangan Irsyad setakat ni:

>>Dah boleh merangkak

>>Boleh duduk cuma kurang stabil lagi

>> Dah pandai melambai sendiri tanpa disuruh

>> Dah pandai sedut air pakai straw 

>>Belum tumbuh gigi ('﹏*๑)ウッ…

>>Memanjat memang hobi Irsyad. Masa baru-baru pandai memanjat pukul 5.30 pagi dia terkejut dari tidur terus merangkak dekat kepala katil. Tak agak-agak nak tunjuk skill.

>>Dari segi makan budak ni takde masalah sebab dia jenis makan apa sahaja. Aku bagi solid food kat Irsyad masa umur dia 4 bulan setengah. Masa tu bagi nestum campur susu, buat cair je..letak dalam botol biar dia sedut. Tak pun buatkan bubur nasi cair je.Bila dah masuk 6 bulan aku bagi nasi lenyek kadang-kadang tak sempat lenyek dah berebut dengan dia tak sabar nak makan.


Masuk 7 bulan aku dah bagi nasi dengan lauk yang masak dekat umah.

Sekali je Irsyad pernah keluarkan balik makanan dia, masa tu lauk singgang. First time rasa masin kot.
Sekarang ni dah makan macam-macam, lauk tomyam, Lauk gulai ikan, gulai ayam semua dah makan.


Saya makan mashed potato!

Hepi bkn main kalau bab makan



Gambar pun banyak duduk atas kerusi makan dekat kedai


>>kalau tengok betul2 rambut irsyad ni jenis jarang dekat tengah. Ala-ala rambut profesor gitu.  

Sorry pakcik, sy nk bg contoh jer.


>>Alhamdulillah Irsyad jenis jarang sakit demam. Kalau demam pun sehari dah baik. Irsyad ni fully breastfeed, maybe sebab tu antibodi dia kuat. Cuma yang masa pergi hantar ayah di IJN, hari kedua tubuh Irsyad dah panas. Mungkin lama sangat duduk menunggu dalam hospital. Aku lap-lap tubuh dia guna kain basah. Menyusu pun semaksimum mungkin aku bagi. Hari ketiga masih tak kebah, petang tu aku bawak pergi klinik. Doktor bagi ubat masuk ikut punggung dan ubat makan. Esoknya baru la sejuk sikit tubuh irsyad. 


>>Budak ni masalah dia satu je, jenis tidur sekejap-sekejap. Tu aku dah bagi tidur dalam buai, kalau tidur atas tilam lagi la sekejap. Tidur dalam buai sekurang-kurangnya bila dia terjaga, boleh ayun2 lagi kasi tidur. Aku belum habis makan nasi lagi dia dah bangun, tok sah kata nak masak...alasan malas masak..hew hew

Saya dah start nak buas, nanti saya dah dapat kaki, saya harap mama saya boleh kurus (⌒_⌒)


6 m.o 



Muka baru lepas menangis, eksyen sangat nak memanjat kang dah jatuh



Ok...sekian perkembangan Irsyad buat masa ni..Dah boleh berjalan nanti mama update lagi yer.

No comments:

Post a Comment